Tinggalkan Pautan Anda

Isnin, 29 Ogos 2011

SALAM LEBARAN

Ucapan Selamat Merayakan Hari Raya Aidilfitri buat seluruh warga Sekolah Menengah Islam Hidayah baik dari lapisan guru-guru, lembaga, kakitangan bukan akademik hinggalah kepada adik-adik yang bersekolah di sekolah ini. Semoga Allah berkati dan rahmati apa yang kita usahakan di medan ini. Semoga ibadah kita di bulan Ramadhan ini bukan semata-mata berbentuk perlumbaan untuk melihat siapa jaguh, sebaliknya kembali kepada tujuan asal ibadah kita iaitu untuk mendapat redha dan rahmatNya.

Semoga kita pandai membezakan antara ibadah yang wajib dengan ibadah yang sunat, kerana dalam bulan inilah pelbagai bentuk ibadah dapat dilihat merata dilaksanakan dalam kalangan warga SMIH hingga ke SRIH. Malah, dalam beribadah juga, harus kita menggunakan akal dan kebijaksanaan agar ibadah kita diterima dan tidak menimbulkan perkara yang lain. Misalnya, membaca dan bertadarus al-Quran adalah amalan yang sangat dituntut, dan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa di mana saja. Tetapi semasa berada di dalam sesebuah majlis, baik majlis sambutan, majlis tazkirah, majlis formal yang tidak bercanggah dengan Syariah, manakah yang lebih utama? Bertadarus atau memuliakan majlis? Mudah saja untuk menilai. Andaikan anda sedang berceramah, dan anda melihat ada audien yang tidak ambil peduli dengan apa yang anda sampaikan, padahal anda begitu bersungguh-sungguh dalam penyampaian. Apakah yang anda rasa?

Semoga kita semakin matang saban tahun. Moga Allah tidak sibukkan kita dengan kesibukan dunia. Semoga bumi Hidayah ini menjadi medan juang yang BETUL jalannya dan ditadbir oleh hambaNya yang BETUL dengan cara yang BETUL. ( BETUL, BETUL, BETUL ).

Salam kemaafan dan Selamat Menyambut Syawal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengenai Saya

Foto saya
SK LKTP ULU TEBRAU, SMK ULU TEBRAU, SM DATO' JAAFAR, SMK TELOK DATOK,UMS, ROTU UMS,::: 507,501, SKELERUPT, GWI IND, INCHEM IND, PLASTIC IND, STEEL IND, B. PAVES CONSULT, SMKTD, SMIH>>>