Tinggalkan Pautan Anda

Memaparkan catatan dengan label UCAPAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UCAPAN. Papar semua catatan

Rabu, 23 Mei 2012

WALIMAH TAUFIK & SAKINAH

20/05/2012
Berlangsung majlis bersejarah pasangan mempelai dari Bumi Hidayah.
Sorang agak skema, sorang agak brutal!
Tapi itu kisah masa mereka kat kelas.
Sekarang dua-dua baik macam ahli Syurga.
Tenang wajah mereka.

Kalau dulu, mereka rasa bebanan amanah di sekolah sudah cukup besar.
Masuk pusat pengajian tinggi, makin besar dirasa amanahnya.
Namun hari ini, amanah Allah lebih besar dari memikul gunung.
Kerana itu Allah janjikan pahala berganda bagi yang berumahtangga.

Dalam meniti kehidupan awal berumahtangga, perkara paling perlu dan menjadi kunci kepada penyelesai semua perkara ialah... SABAR!!!

Ingat... SABAAAAAAAAAAR!









 







Semoga Allah rahmati dan pelihara kalian berdua.
Semoga dianugerahi dengan kesabaran dan ilmu dalam melayari bahtera rumahtangga.
Ingat.... cari kemanisan di dalamnya!

Selasa, 4 Oktober 2011

Selamat Menduduki PMR 2011

Assalamualaikum.

Buat adik-adik yang sedang menduduki PMR 2011,
selamat maju jaya, semoga segala ilmu yang anda pelajari diberkati Allah.
Betulkan niat masing-masing, bahawa ilmu yang dipelajari
adalah kerana Allah semata-mata.

Seperkara yang perlu adik-adik faham tentang keberkatan ilmu
ialah, ia bukan semata-mata perilaku dan perbuatan baik adik-adik
sebelum menduduki peperiksaan semata-mata. Bahkan hampir
tiada kaitannya di situ. Ramai dalam kalangan adik-adik
yang faham kalau nak exam, kena buat baik, kena berakhlak baik, kena jaga makan,
kena jaga mata, kena cakap elok-elok dengan mak abah,
kena sopan dengan guru.... supaya ilmu berkat dan mudah jawab exam.

Adik-adik, salah tanggapan sedemikian.
Keberkatan ilmu yang dipelajari adalah pada setakat mana ia dipraktikkan
dan diamalkan. Sikap segelintir adik-adik yang hanya berubah beberapa
ketika sempena "peperiksaan besar" adalah tidak tepat, bahkah
lebih berbentuk satu sikap hipokrit. Kalau nak berubah, berubahlah
betul-betul. Perubahan ke arah kebaikan mendatangkan
keberkatan dalam hidup.

Semoga sesiapa yang berusaha dengan ikhlas,
Allah berikan ganjaran kecemerlangan, biarpun
dia sedar yang dia tak sebijak orang lain.

Selamat menduduki PMR!

Isnin, 29 Ogos 2011

SALAM LEBARAN

Ucapan Selamat Merayakan Hari Raya Aidilfitri buat seluruh warga Sekolah Menengah Islam Hidayah baik dari lapisan guru-guru, lembaga, kakitangan bukan akademik hinggalah kepada adik-adik yang bersekolah di sekolah ini. Semoga Allah berkati dan rahmati apa yang kita usahakan di medan ini. Semoga ibadah kita di bulan Ramadhan ini bukan semata-mata berbentuk perlumbaan untuk melihat siapa jaguh, sebaliknya kembali kepada tujuan asal ibadah kita iaitu untuk mendapat redha dan rahmatNya.

Semoga kita pandai membezakan antara ibadah yang wajib dengan ibadah yang sunat, kerana dalam bulan inilah pelbagai bentuk ibadah dapat dilihat merata dilaksanakan dalam kalangan warga SMIH hingga ke SRIH. Malah, dalam beribadah juga, harus kita menggunakan akal dan kebijaksanaan agar ibadah kita diterima dan tidak menimbulkan perkara yang lain. Misalnya, membaca dan bertadarus al-Quran adalah amalan yang sangat dituntut, dan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa di mana saja. Tetapi semasa berada di dalam sesebuah majlis, baik majlis sambutan, majlis tazkirah, majlis formal yang tidak bercanggah dengan Syariah, manakah yang lebih utama? Bertadarus atau memuliakan majlis? Mudah saja untuk menilai. Andaikan anda sedang berceramah, dan anda melihat ada audien yang tidak ambil peduli dengan apa yang anda sampaikan, padahal anda begitu bersungguh-sungguh dalam penyampaian. Apakah yang anda rasa?

Semoga kita semakin matang saban tahun. Moga Allah tidak sibukkan kita dengan kesibukan dunia. Semoga bumi Hidayah ini menjadi medan juang yang BETUL jalannya dan ditadbir oleh hambaNya yang BETUL dengan cara yang BETUL. ( BETUL, BETUL, BETUL ).

Salam kemaafan dan Selamat Menyambut Syawal.

Mengenai Saya

Foto saya
SK LKTP ULU TEBRAU, SMK ULU TEBRAU, SM DATO' JAAFAR, SMK TELOK DATOK,UMS, ROTU UMS,::: 507,501, SKELERUPT, GWI IND, INCHEM IND, PLASTIC IND, STEEL IND, B. PAVES CONSULT, SMKTD, SMIH>>>