Tinggalkan Pautan Anda

Jumaat, 22 Oktober 2010

Pemegang Pintu Gril Dah Patah?

Dah patah?
Adik-adik... Bukan ke baru beberapa minggu grill ni dipasang?
Grill ni pula bukan diperbuat daripada sabun, lilin ataupun keju! Ia diperbuat daripada logam! Campuran keluli tahan karat. Walau adik-adik kata ia "cap ayam" sekalipun, ia tetap keras dan tahan lama...sekiranya digunakan dengan cermat!


Adik-adik, hargailah harta kita bersama. Gunakan elok-elok, cermat-cermat. Allah sayang dengan hambaNya yang cermat. Sebab hamba yang cermat adalah hambaNya yang berjimat dan bersyukur atas nikmat.


Tengok, kan dah tak lawa dah. Harap-harap ia tak berlaku pada pintu-pintu yang lain. Sama-sama kita jaga amanah ini.

Khamis, 21 Oktober 2010

Pasang Speaker Baru

19 Oktober 2010
6.23pm

Siapa tu?
Tengah buat apa tu?
Mengendap?
Tak mungkin....!!!

Rupanya Abang Karim dan Abang Kas tengah pasang speaker baru! Dah lewat petang ni bang... OT bukan ada pun! Ni lah pekerja contoh. Bekerja tak menunjuk, semua kerana Allah.

Nampaknya selepas ini segala pengumuman di persekitaran SMIH akan lebih jelas kedenganran berbanding sebelum ini.

Diharapkan pelajar sekolah ini akan lebih bersyukur dengan kemudahan ini. Tidak ada lagi kes pengumuman yang tidak kesampaian dan sebagainya. Apa yang pasti, pelajar perlu peka dan sentiasa bersedia dan bertindak pantas terhadap setiap pengumuman yang disampaikan. Kalau tidak, sia-sialah ia.

Terima kasih juga kepada Ustaz Azmen atas cadangan pemasangan alat tersebut.

Perkembangan Pembinaan Blok Baru SMIH

18 Oktober 2010

Setelah beberapa minggu tanpa sebarang aktiviti pembinaan, hari ini muncul beberapa individu beserta peralatan yang tidak saya kenali melakukan sesuatu ke atas struktur konkrit di bahagian tapak runtuhan.

Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang mereka lakukan. Cuma jika menurut pandangan saya mungkin mereka mengkaji struktur batuan dan tahap mampatan bawah tanah sebelum pembinaan dilaksanakan.

Itupun setelah saya melihat beberapa batang besi dibenamkan ke dalam tanah pada satu bahagian lubang.

Namun perkara yang masih menimbulkan kerisauan ialah tahap keselamatan pelajar di persekitaran tapak pembinaan. Tiada sebarang tanda amaran mahupun halangan yang dapat mencegah pelajar ataupun murid sekolah rendah dari memasuki atau merapati kawasan tapak pembinaan. Sebarang kemalangan boleh berlaku bila-bila masa jika dibiarkan.

Semoga keadaan ini tidak berpanjangan kerana ia melibatkan soal keselamatan anak-anak kita. Jangan sudah terhantuk baru nak tergadah. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Ini bukan lubang "golf", sebaliknya lubang yang digali untuk memasukkan batang besi yang saya maksudkan.

Rutin Latihan Pasukan Memanah

18 Oktober 2010

Dalam Usaha Sekolah Islam Hidayah menjadikan Sukan Memanah sebagai salah satu "Nitch" sekolah ini, usaha berterusan tanpa mengenal penat sentiasa digalas oleh Ustaz Ezaidin. Beliau sentiasa memantau dan memastikan pasukan ini agar sentiasa bersedia dan memiliki skill yang baik dan meningkat dari semasa ke semasa sehinggalah ia menjadi sebuah pasukan yang kredibel dan digeruni lawan.

Peserta yang terlibat di dalam sesi latihan ini juga dilihat begitu bersemangat menjalani latihan seperti yang telah dijadualkan. Lazimnya latihan tergendala apabila hujan turun memandangan latihan dilaksanakan di kawasan padang terbuka. Harap-harap tak ada budak yang sedang main bola sebelah sana tu kena panah! hehehe... kan bagus kalau pihak pengurusan adakan sebuah kawasan latihan tertutup untuk latihan intensif pasukan ini. Bukan untuk siapa pun, ... untuk sekolah ini jugak!!!

Apapun, syabas Ustaz Ezaidin. Teruskan bakti anda.

Selasa, 19 Oktober 2010

"Jumper" Kereta Us. Normah


Keakraban di antara kakitangan Hidayah jelas kelihatan dalam situasi begini. Bukan sahaja bantuan dihulurkan dari kalangan rakan guru, bahkan Peguam, Pendaftar, Pegawai Tadbir, Security dan Pak Imam juga terlibat. Hebatnyeh!!!

\
Masing-masing tidak berganjak menolong, malah menawarkan diri untuk membantu dengan pelbagai saranan dan cadangan.


Namun, takdir Allah tak dapat dilawan. Walau "jumper" sebesar manapun di bawa, kenderaan tersebut gagal dihidupkan.



Akhirnya cadangan yang awal-awal saya ujarkan dilaksanakan. Ramai-ramai tolak kereta tersebut. Siapa yang kat dalam? Teka...


Wak Dol yang tolong start sebaik kami menolak kenderaan tersebut... urgh!!! Beratnyeh! Hehehe




Mukhayyam Tingkatan 4 Tahun 2010






























Mengenai Saya

Foto saya
SK LKTP ULU TEBRAU, SMK ULU TEBRAU, SM DATO' JAAFAR, SMK TELOK DATOK,UMS, ROTU UMS,::: 507,501, SKELERUPT, GWI IND, INCHEM IND, PLASTIC IND, STEEL IND, B. PAVES CONSULT, SMKTD, SMIH>>>