Tinggalkan Pautan Anda

Khamis, 19 Mei 2011

3 INTISOR BUAT SURPRISE LAGI!!!

19/05/2011

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK!!!
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA!!!

Itu yang termampu saya ucapkan kepada adik-adik di 3 Intisor...
Sekali lagi mereka membuat kejutan untuk guru kelas mereka.
Saya tak mengharapkan sambutan sedemikian, tapi itulah yang mereka lakukan.
Saya sangat gembira dan terharu.

Dalam hati, berkepul-kepul doa saya panjatkan buat mereka.
Moga dipermudahkan urusan mereka untuk menuntut ilmu.
Moga mereka jadi kumpulan generasi yang dapat membetulkan kepincangan yang ada di negara ini pada masa akan datang.











Siap ada kek yang LAZAT!!!







... itulah wajah-wajah adik-adik 3 Intisor.

Bersama ketua kelas dan penolong ketua kelas.


Kek dipotong dan diagih-agihkan kepada warga kelas.


Ini bahagian saya. Saya yang nakkan banyak ni sahaja.
Orang yang habiskan bahagian lebih berkat! hehehe

Tapi saya kena "dera" untuk licinkan piring kek ni!hehehe

Ups... patutla sedap...!!!

Adik-adik,
Seorang guru tidak minta dihargai dengan majlis yang besar...
Namun penghargaan seumpama ini amatlah besar dan bermakna buat sekeping hati seorang guru. Saya sendiri tidak pernah meraikan guru saya dulu seperti ini.

Adik-adik,
Percayalah, siapapun yang pernah menjadi anak didik saya, biar senakal mana atau sebaik manapun dia, dia tetap dalam doa saya. Biarpun di mata mereka saya cukup dibenci, cukup menyakitkan hati mereka, namun mereka tetap dalam doa saya. Moga mereka menjadi hamba Allah yang mengenali akhirat dan menjadi "orang yang betul-betul orang"... yang menyedari hakikat bahawa "langit itu akan selamanya tinggi, dan bumi akan selamanya dipijak"...

Dari saya, sekalung penghargaan dan doa semoga kalian ( anak-anak didikku ) sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Dampingilah Tuhanmu, kelak tenang dan hebat dalam berjuang. Kalau jalan hitam yang kalian pilih, sedarlah bahawa kemanisan yang ada padanya hanya akan mengundang azab Allah sangatlah pedih... Bertindaklah berakalkan iman.

BUKTI KENAPA TEAM TAKRAW KITA BOLEH MENANG ARITU

21/04/2011

Ingat lagi kemenangan team takraw bawah 15 aritu?
Macamana mereka boleh menang?
Ini buktinya...

Kena berlatih dengan otai-otai...
Yang pakai baju batik tu dah makam tinggi otainya...
Libasan maut En. Ezaidin
Macam silat pengantin pun ada!!!
Bola datang dari belakang? Ke bola terlepas....! Hehehe

3 INTISOR 2011 BUAT SURPRISE!!!

10/05/2011

Hari ini hari pertama saya bertugas selepas seminggu cuti sakit. Sebaik memasuki kelas 3 Intisor, saya disambut meriah oleh seluruh keluarga kelas tersebut!






Mula-mula terkejut juga saya, kenapa ramai yang berbaris di luar kelas. Bimbang juga saya, takut-takut kedapatan dek ustazah Seri atau ustazah Wan. Apa pula dikatanya nanti pada guru kelas tersebut. Rupa-rupanya mereka sambut saya kembali bertugas dan mendoakan agar cepat sembuh!

Terharunya saya...
Terima kasih adik-adik 3 Intisor.
Saya sedar saya bukanlah cikgu yang baik seperti kalian harapkan.
Ramai dalam kalangan pelajar sekolah ini yang tidak berpuas hati dengan saya, cuma mereka tidak ada ruang untuk meluahkannya!

Sebab itu kadang-kadang mereka luahkan juga di beberapa ruang dalam blog saya dengan "tanpa nama". Tak mengapalah.

Terima kasih yang teramat tinggi buat adik-adik semua atas majlis terbest ini, dan atas doa kalian buat saya. Saya dah semakin sayang dengan adik-adik kelas ni. Moga kebaikan anda dan juga sesiapa juga di sekolah ini yang mendoakan kesejahteraan saya, saya doakan kalian sentiasa beroleh kesejahteraan dan kecemerlangan yang penuh keberkatan.

Khas buat adik-adik 3 Intisor, semogaa setiap titis usaha yang kalian taburkan menjadi benih-benih yang diberkati Allah. Kerana setiap usaha yang diberkati Allah, sekecil manapun ia akan menghasilkan buah yang cukup besar, apatah lagi jika usaha yang ditaburkan itu lebih besar dan banyak.

BERPINDAH KE BENGKEL KHB BARU!

14/04/2011

Hari ini barang-barang makmal mula dipindah masuk ke dalam makmal yang baru. Hmmm, banyak barang-barang tersebut yang telah peroi dibedal bubuk dan anai-anai. Tak elok sebenarnya kalau guna perabot sedemikian, sebab ia akan menjangkiti perabot dan bangunan baru kelak. Tapi, menurut pihak pentadbiran bajet tak ada nak dapatkan yang baru, maka diguna baliklah nampaknya perabot tersebut.










Pada tarikh ini, bekalan elektrik disambungkan sementara dengan blok induk. Namun menurut kontraktor ia sudah boleh digunakan. Cumanya, tak boleh guna kipas dan lampu serentak, takut overload!

Perkara mencabar yang saya fikirkan sejak awal lagi ialah, jangkamasa yang diambil oleh pelajar untuk ke bengkel, dan bagaimana jika keadaan hujan? Langkah awal yang dicadangkan ustazah Suhaila ialah, setiap kali matapelajaran KHB, pelajar perlu bawa payung. Ok tak?

Moga berkat hendaknya bangunan ini. Amiin.

p/s: Nampaknya lepas ni saya bertapa kat sini!!!

KENDERAAN BARU SEKOLAH HIDAYAH


Adik bongsu, setakat ni.
Nama dia Nissan Urvan.

Adik bongsu bergambar dengan adik beradik dia yang lain.

Adik pompuan nombor 3!

Abang nombor dua.

Abang sulung!

Alhamdulillah.
Sekolah dah ada 4 biji kenderaan.
Moga melancarkan lagi urusan sekolah.
Bila pula nak wujudkan identiti sekolah pada kenderaan ini?

Penting tau identiti!!!
Ia mencerminkan sekolah kita, malah secara tidak langsung ia sebagai motivasi dan pulisiti sekolah.

Mengenai Saya

Foto saya
SK LKTP ULU TEBRAU, SMK ULU TEBRAU, SM DATO' JAAFAR, SMK TELOK DATOK,UMS, ROTU UMS,::: 507,501, SKELERUPT, GWI IND, INCHEM IND, PLASTIC IND, STEEL IND, B. PAVES CONSULT, SMKTD, SMIH>>>