Tinggalkan Pautan Anda

Rabu, 16 September 2009

PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA

Untuk panduan bersama, berikut adalah perkara yang tidak membatalkan puasa dari aspek perubatan :

1. Penggunaan jarum suntikan
Jika seeorang mengidap diabetes misalnya, dan memerlukan suntikan setiap beberapa jam, maka dimaafkan. Suntikan berbeza denganmakan dan minum. Malah tidak termasuk dalam memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka.

2. Menitiskan ubat ke dalam mata
Ini kerana mata juga bukan salah satu rongga yang terbuka.

3. Penggunaan inhealer/gas untuk pengidap asma
Bagi orang yang sakit penat atau asma atau lelah ubat ini sangat diperlukan. Tidak dinafikan bahawa terdapat gas yang masuk ke dalam rongga semasa sedutan. Tetapi kerana tujuan perubatan, maka ia dimaafkan ( menurut pandangan Ustaz Ismail Kamus ).
4. Menderma darah
Derma darah tidak membatalkan puasa. Ia seperti prose berbekam. Walau bagaimanapun, mungkin aktiviti derma darah agak meletihkan. Oleh itu elok ditangguhkan ke waktu malam. Namun ada juga ulama' yang berpendapat bahawa menderma darah boleh membatalkan puasa. Sebaiknya mendermalah pada masa lain.
5. Menerima darah derma
Ia juga tidak membatalkan puasa. Walaupun semasa proses kemasukan darah, ada dicucukkan jarum ke lengan, namun ia bukanlah rongga yang terbuka.
6. Sedutan gas oksigen
Setiap hari kita sedut oksigen! Hmmm....kalau tak ada oksigen, alamatnya tak bernafaslah! Mungkin ada pendapat ulama' yang menganggap bahawa ia membatalkan. Wallahualam...
Begitu juga dengan sesetengah penyakit seperti resdung yang mana pesakitnya terpaksa menyedut ubat gasnya beberapa kali. InsyaAllah, ia juga bukan termasuk di dalam perkara yang membatalkan puasa kerana untuk tujuan perubatan semata-mata.
7. Gas pelalian
Suntikan atau sedutan gas pelalian juga tidak membatalkan puasa kerana tujuan perubatan.
8. Penggunaan krim
Menyapu krim ubat pada kulit, sekalipun ada penyerapan ke dalam anggota tubuh tetap tidak membatalkan puasa. Ia bukanlah rongga terbuka.
9. Penggunaan gas bius
Ia tidak membatalkan puasa. Jika pesakit menjalani pembedahan dan dia berpuasa, maka puasanya tetap dianggap sah.
10. Penggunaan teropong dalam perut
Tidak membatalkan puasa atas sebab keperluan perubatan dan bukan menghantar makanan ke perut.
11. Pengambilan sampel darah
Juga tidak membatalkan puasa, baik sampel diambil dari hujung jemari mahupun di bahagian lengan.
12. Berkumur atau semburan di mulut
Ia tidak membatalkan puasa seperti juga amalan berkumur dan bersugi. Namun apa yang penting ialah perlu dipastikan agar tidak tertelan sebarang bahan tersebut seperti ubat gigi atau ubat semburan mulut tadi.
Wallahualam...

CABUT GIGI DALAM BERPUASA

Ada juga orang yang sakit gigi dalam bulan Ramadhan. Maklumlah, sakit gigi kadang-kadang menusuk-nusuk. Bolehkah dicabut gigi ketika berpuasa?


Mencabut gigi tidak membatalkan puasa. Tetapi kena berhati-hati agar tidak tertelan darah atau ubat. Menelan darah atau ubat atau air ketika itu boleh membatalkan puasa. Seeloknya ditangguhkan dan lakukan pada waktu malam.

MENJOLOK KERONGKONG MASA BERPUASA

Saya menggosok gigi dan menjolok kerongkong sehingga termuntah. Apa hukumnya?
Jika sengaja untuk muntah seperti menjolok-jolok jari ke kerongkong lalu muntah, maka puasanya batal sebagaimana Sabda Nabi s.a.w bermaksud;
"Sesiapa yang termuntah maka tidaklah kena qada' (ganti). Dan sesiapa yang berusaha muntah dengan sengaja maka hendaklah qada'. "
( Riwayat Tirmizi )
Jika tidak sengaja seperti mabuk kenderaan, mabuk laut, mabuk kapal dan sebagainya maka puasanya tidaklah batal. Begitu juga dengan wanita yang mabuk hamil, puasanya juga tidak batal sekalipun termuntah.

Khamis, 12 Februari 2009

HUKUM MELIHAT SUSUK TUBUH WANITA

Seorang wanita bertanya kepada teman lelakinya, " Adakah saya kelihatan gemuk atau kurus?". Jika teman lelakinya mahu memberikan jawapan, lelaki tersebut akan memandang dan mengamati susuk tubuh wanita itu. Apakah hukumnya?
Kamisah Bahari, Seremban, Negeri Sembilan.


Islam menyuruh umatnya lelaki mahupun wanita menundukkan pandangan terhadap jantina yang berlainan. Ini penting agar tiada niat buruk dan nafsu yang akan lahir apabila sesorang lelaki menatap tubuh yang bukan mahramnya dan begitu juga sebaliknya.

Firman Allah S.W.T bermaksud;
"...dan katakanlah kepada para mukmin tundukkanlah pandangan mereka dan peliharalah kemaluan mereka (dari melakukan maksiat). Itu lebih baik bagi mereka dan Allah S.W.T. Dan katakan kepada para mukminat tundukkanlah pandangan mereka dan peliharalah kemaluan mereka (dari melakukan maksiat)..."(Surah an-Nur:30-31)

Berbalik kepada persoalan tadi, mengapakah begitu mudah seorang wanita membuka dan memberikan peluang kepada teman lelakinya yang nyata bukan mahram membuat penilaian ke atas tubuhnya? Apakah sudah tiada teman-teman wanita lain untuk menilai?
Elakkan dari melakukan perkara yang diragui halal atau haramnya.

Rabu, 11 Februari 2009

BERI SALAM MENERUSI SMS

Bolehkah memberi salam antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram sewaktu bercakap di dalam telefon, SMS, internet dan sebagainya?
Anis Maryani Ahmad Tajuddin, Desa Petaling, Kuala Lumpur.
Tidak salah memberi salam malah ianya merupakan syiar Islam dan jauh lebih baik dari menggunakan ucapan-ucapan lain seperti hai, morning, hei dan lain-lain.
Rasulullah s.a.w telah bersabda :
"...hendakkah kamu, aku tunjukkan amalan yang boleh menyebabkan kamu masuk Syurga, sebarkanlah salam dan bangunlah bersolat ketika orang lain sedang tidur."
Namun demikian, bukanlah ia satu kaedah yang menghalalkan komunikasi antara bukan muhrim. Sebaiknya pertuturan dan etikanya perlulah dipelihara. Memandangkan suara wanita adalah aurat, maka berkomunikasilah pada perkara yang perlu sahaja agar tidak terjatuh kepada yang haram seperti zina telinga. Ingat, lelaki mudah bernafsu dengan kelembutan suara wanita. Berhati-hatilah agar tidak terjatuh kepada tipu daya syaitan.

CUTI BERSAMA TEMAN WANITA

Apakah hukumnya bercuti bersama teman lelaki yang bukan mahram walaupun tidak tinggal sebilik?
Rashid Rahman, Pasir Gudang, Johor

Tindakan seumpama ini hanya akan membuka ruang untuik berzina. Memang pada awalnya tidak duduk sebilik, namun syaitan yang menjadi rakan ketiga sentiasa mendorong pasangan itu untuk berkongsi bilik. Kemudian sekatil dan akhirnya terjerumus ke lembah zina. Ketika itu makhluk yang paling gembira ialah syaitan.
Akibatnya, wanitalah yang akan menanggung malu dan padahnya. Atas dasar inilah, Allah S.W.T melarang mendekati zina seperti dalam firmanNya;
"...dan janganlah kamu mendekati zina..."(Surah al-Israa:32)
Demi mengelakkan seseorang wanita itu terjebak dengan zina, maka janganlah pergi bercuti dengan teman yang bukan mahram.

Selasa, 10 Februari 2009

SIMPAN GAMBAR LELAKI

Simpan gambar teman lelaki atau teman wanita di dalam dompet sebagai ingatan. Boleh ke tak?
Zabedah Zamri, Kota Tinggi, Johor
Apakah dengan menyimpan gambar itu anda akan menjadi seorang yang lebih beriman? Lebih sihat dan bebas dari penyakit? Atau menjadi seorang yang cerdik, pandai dan bijaksana? Atau menjadi bertambah kaya dan murah rezeki? Atau disimpan sebagai azimat yang boleh mencegah anda dari sebarang bahaya? Sudah tentu jawapannya tidak!
Maka atas dasar apakah gambar itu disimpan? Semata-mata untuk kenangan dan melepaskan rindu? Semakin ditatap semakin rindu. Semakin khayal dan jauh dilayarkan ke alam angan-angan. Sebaliknya jika hubungan terputus, gambar itu akan dikoyakkan, dibuang atau dibakar, malah kadang-kadang ada yang digunakan pula untuk tujuan jahat bagi membalas dendam.
Demi untuk mengelakkan perkara-perkara ini, elakkan dari menyimpan gambar lelaki atau wanita dan lebih baik pastikan gambar anda tidak disimpan oleh orang lain.
Rasulullah s.a.w bersabda,
"...antara keelokan Islam seseorang muslim ialah meninggalkan perkara-perkara yang tidak layak dengan dirinya..." (al-Bukhari dan Muslim)

BONCENG MOTOSIKAL LELAKI

Menaiki motosikal lelaki yang belum berkahwin, apakah hukumnya?

Intan Safina Rashid, Durian Tunggal, Melaka.
Sudah tentu hukumnya bukan wajib, sunat ataupun harus. Tiada siapa juga yang akan mengatakannya haram. Maka yang tinggal hanyalah haram. Apakah dalil ianya haram?
Firman Allah S.W.T bermaksud,
"...dan janganlah kamu mendekati zina..."(Surah al-Israa:32 )
Zina akhirnya akan membawa kehancuran sesebuah keluarga, pengguguran, pembuangan anak dan lain-lain jenayah. Maka selayaknyalah Islam menutup dari awal pintu-pintu penzinaan.
Menaiki motosikal bersama akan membawa kepada persentuhan, berpelukan dan juga pergeselan. Jikalau melihat pun sudah membawa tarikan untuk "keinginan" dan nafsu, apatah lagi jika sudak bergeselan, berpelukan dan besentuhan. Jika tidak berzina secara hakiki pun, perbuatan itu sudah cukup menggambarkan zina dan ia tergolong di dalam zina kecil.
Wallahualam.

Mengenai Saya

Foto saya
SK LKTP ULU TEBRAU, SMK ULU TEBRAU, SM DATO' JAAFAR, SMK TELOK DATOK,UMS, ROTU UMS,::: 507,501, SKELERUPT, GWI IND, INCHEM IND, PLASTIC IND, STEEL IND, B. PAVES CONSULT, SMKTD, SMIH>>>