
Almarhumah Hafizah .. Dalam kenangan bersama adik beradiknya yang turut terlibat dalam kemalangan
Dari kiri - Nurul Umairah, Nurul Hakimah, Nurul Hanisah, Nurul Hafizah dan Nurul hidayah..
Nama mereka yang sebenar adalah Nurul Hafizah (20 tahun - meninggal) dan yang cedera Nurul Hanisah (24), Nurul Hakimah (18), Nurul Hidayah (15) dan Nurul Humairah (13). Kemalangan melibatkan lori dan berlaku sekitar 6 petang di hadapan Starhill golf course.
Solat Jenazah Allahyarhamah Nurul Hafizah Di Masjid BBU :




















Almarhumah Nurul Hafizah Mohd Faizul Aris SPM 2009 Generasi 11 Sekolah Menengah Islam Hidayah selamat disemadikan di Kg Parit (Ampang Tinggi) Kuala Pilah.
Beliau terlibat dalam kemalangan ketika bergegas pulang mengambil adik-adik dari Sekolah Menengah Islam Hidayah JB untuk berbuka puasa hari Isnin.... Beliau sering saya doakan kerana pernah menjadi peserta Mukhayyam saya tahun 2009.
Kami di Hidayah sentiasa mentarbiah anak-anak begitu...antaranya berpuasa, berkhidmat kepada ibubapa...
Biskikan ayahandanya kepada saya:
1. "Dia sibuk mencuba untuk memasakkan menu kegemaran adik-adiknya yang akan berbuka petang itu....."
2. "Dia sempat berbual dengan saya melalui talipon, sebelum keluar untuk ambil adik-adiknya di Hidayah.....
" Saya mententeramkan ayahandanya:
1. Semoga Fiza pergi sebagai Syuhada' Sughra
2. Hadis Nabi S.A.W: من ابتلي من هذه البنات بشيء، فأحسن إليهن، كن له سترا من النار "barangsiap diuji dengan anak-anak perempuan ini, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka (anak-anak perempuan itu) menjadi benteng untuknya dari api neraka."
3. Lihatlah sejak kejadian petang itu; guru-guru dan Warga Sekolah Menengah Islam Hidayah JB itu, lihatlah teman-terman seangkatannnya...
Mereka memuliakan anak tuan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan