Tinggalkan Pautan Anda

Selasa, 5 Oktober 2010

Senyum Bermakna

Naruto???
Belang Tarung dia lain pulak!!!
Hehehe... loreng perang pun bukan!!!

Siap tunjuk kuih lagi tu!!!
Sporting betul adik ni.

Sayangnya adik ni minta matanya ditutup sebab segan satu dunia tengok dia. Kita ikutlah kehendaknya, asalkan dia sanggup jadi contoh untuk iklan "Mari Bersihkan Kelas Sebersih Kuih Ini".

Terima kasih adik yang sporting.
Moga kawan-kawannya gerun dengan semangat juang adik kita ni.

Sememangnya benar, kelas yang bersih sangat mempengaruhi keberkesanan pembelajaran dan tumpuan pelajar kepada p&p. Malah, setiap guru "mesti" peka dengan persekitaran kelas. Sepatutnya setiap guru tidak boleh bersikap memandang kebersihan kelas dengan "pandangan sebelah mata".

Kebersihan kelas bukanlah tanggungjawab guru kelas semata-mata. Sebaliknya, ia menjadi sebahagian daripada fitrah guru itu sendiri yang "pantang" melihat sampah di dalam kelas. Hal ini sangat perlu dalam proses penerapan nilai kebersihan secara total kepada anak didik. Sikap memandang remeh pada perkara ini akan menghasilkan anak didik yang hanya melaksanakan pembersihan berdaarkan keperluan. Maka timbullah situasi pelajar hanya membersihkan kelas pada waktu mata pelajaran tertentu sahaja. Hasilnya, pelajar melakukan hal tersebut bukan kerana tanggungjawab dan keikhlasan, sebaliknya kerana yang lain.

Mari kita fahami iklan adik ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengenai Saya

Foto saya
SK LKTP ULU TEBRAU, SMK ULU TEBRAU, SM DATO' JAAFAR, SMK TELOK DATOK,UMS, ROTU UMS,::: 507,501, SKELERUPT, GWI IND, INCHEM IND, PLASTIC IND, STEEL IND, B. PAVES CONSULT, SMKTD, SMIH>>>