Tinggalkan Pautan Anda

Memaparkan catatan dengan label Ragam Anak-anak SMIH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ragam Anak-anak SMIH. Papar semua catatan

Selasa, 16 Ogos 2011

Pertemuan Akhir Kelab Kompang yang AJAIB

22/06/2011
Pertemuan Kelab Kompang yang terakhir.
Pada pertemuan ini, diadakan latihan akhir bagi menutup tirai pertemuan aktiviti tahun ini. Tetapi aktiviti khidmat masyarakat untuk majlis perkahwinan dan majlis-majlis lain masih "available"!

Satu perkara pelik dalam sesi pertemuan akhir ini ialah... KENAPA ANGGOTA KELAB INI BERANAK PINAK??? Tiba-tiba ramai yang tak cukup kompang. Lazimnya anggota kelab ini sekitar 21 orang, sama dengan jumlah kompang yang ada. Tapi bertambah sehingga 35 orang dengan mendadak!!!! Bila di tanya, masing-masing mengaku memang anggota kelab ini dan dah daftar secara sah... sah tanpa pengetahuan guru penasihat??? (saya la tu)




Lalu terjawab persoalan di benak fikiran saya. Untuk pertemuan akhir ini, saya dah sediakan ayam goreng KFC. Setiap orang akan dapat 2 ketul. Banyak lagi lebihnya, untuk mereka yang "tank" besar tentu nak tambah.
Ustaz Azri saya jemput khas sebab beliau tolong saya untuk membeli hidangan yang lazat ini. Kalau beliau nak tambah pun tak jadi masalah.

Namun, masalah timbul apabila hidangan diagihkan. Ayam tak cukup sorang dua ketul. Malah... sorang seketul pun ngam-ngam je....!!!

Sah ada yang bukan "korum" kelab ini... namun, saya tak mahu ambil pusing. Rezeki dah depan mata, saya teruskan juga jamuan, pandai-pandailah mereka untuk mengagihkan seadanya.





Yang kesiannya ialah anggota yag tak pernah miss latihan dan aktiviti. Saya nak hargai mereka, tapi lain pula jadinya. Yang paling lahap ialah yang tak pernah nampak muka. Tapi saya sendiri tak ambil pusing. Hanya masukkan dalam laporan untuk tindakan susulan dan pengetahuan Jabatan Kurikulum sekolah di samping pengajaran pada masa depan.

Untuk anggota kelab kompang, terima kasih atas komitmen anda. Moga akan datang kita lagi progressif dan proaktif!
Amiin.

AMARAN 1 Hikmah kepada semua!!!


"HANYA USTAZ DAN USTAZAH YANG DIBENARKAN MELALUI KELAS 1 HIKMAH.
KALAU ANTUNNA CUBA MEROSAKKAN HARTA BENDA KELAS 1 HIKMAH, KAMI SEMUA AKAN TUNTUT PERBUATAN ANTUNNA DI AKHIRAT NANTI.

SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MELIHAT DAN MAHA MENGETAHUI.

KERJA SAMA ANTUNNA AMAT KAMI HARGAI.

Begitulah amaran adik-adik dari kelas 1 Hikmah. Tak mungkin mereka menampal amaran sedemikian jika sesuatu yang kurang baik tidak berlaku ke atas mereka. Sebenarnya kelas ini merupakan antara kelas yang menjadi laluan lintasan mudah dari blok bersebelahan. Jika tidak menyeberang melalui kelas ini, laluan pilihan adalah lebih jauh.

Mana lebih baik?
Jauh sedikit tanpa fitnah, atau laluan singkat semudah terjatuhnya fitnah atas kita.

Fitnah boleh berlaku tanpa disedari. Contohnya mudah. Adik-adik tergesa-gesa untuk ke bilik guru lelaki pada waktu rehat. Laluan terdekat ialah menyeberangi kelas-kelas ini ( 1 Hikmah, 1 Ihsan ). Adik melaluinya bersendirian, dan dari kejauhan ada mata yang menyaksikan tindak-tanduk adik. Adik jujur, tak usik apa-apa pun. Waktu petang, ada pelajar 1 Hikmah mengadu kehilangan barang. Adik di panggil ke bilik guru kerana ada saksi yang melihat adik masuk ke kelas tersebut pada waktu rehat secara bersendirian dan dalam keadaan tergesa-gesa!!! INILAH FITNAH!!!

Elakkan diri dari perkara yang boleh menyusahkan kita.
Jauhkan diri dari fitnah.

Bagi yang memang "ringan tangan" suka usik barang milik orang lain, berhati-hatilah. Sesungguhnya amaran adik-adik 1 Hikmah itu tetap dalam PERHATIAN ALLAH!
Kerana itu adalah hak mereka...

Perkara yang saya suka tengok di 3 Intisor

Kali pertama terpandang posster hasil tangan ni, saya rasa ia sebuah poster semangat setiakawan dan jatidiri yang cuba diserlahkan oleh warga kelas ini. Tetapi bila saya belek-belek, saya terkejut, terpaku... nak ketawa ada, senyum pun senget-senget! Mana tidaknya, rupa-rupanya watak berbaju hitam ketat kat tengah tu pakai name tag ANUAR...!!!

Saya fikir ANUAR mana lagi? Tak mungkin mereka lukis ayah kepada AIMAN ANUAR tu... Bertuah betul adik-adik 3 Intisor. Tak apalah. Seronok juga rasa dihargai begini!!! Cuma, hero tu macam pakai kain pelikat daaaa.... Mujur bukan "kain belah" hehehe...

Hari-hari berikutnya, saya belek-belek lagi di papan kenyataan kelas... terpaku lagi sekali!!! Nak menjerit pun ada... seketul lagi kartun pasal saya!!!

Siap pakai t-shirt ACHTUNG! lagi tu... kalau tak salah, ni macam kerja SARAH!!!!


Semua ni bakal jadi kenangan. Saya abadikan di sini buat tatapan adik-adik ni masa mereka dah tua. Masa saya dah meninggal dunia. Biar mereka teringat kat saya balik, dan terasa nak hadiahkan Fatehah untuk saya. Taklah sakit sangat saya kat kubur nanti...huhuhu...

Wassalam.




3 INTISOR CAPAI TARGET 5 KALI PEMENANG KELAS TERBERSIH

10/08/2011

Pada pertemuan awal dengan penduduk 3 Intisor, saya telah memberikan cabaran agar memenangi sekurang-kurangnya 5 sijil kelas terbersih untuk tahun 2011.
Pada 10/08/2011, semasa perhimpunan mingguan, kelas 3 Intisor di bawah jagaan hamba telah diumumkan sebagai kelas terbersih buat kali ke-5. Sekaligus mencapai target yang telah hamba letakkan itu. Syabas dan tahniah kepada para penduduk kampung tadika 3 Intisor. Tahniah kepada yang sentiasa menyumbang bakti tanpa minta di puji. Tahniah kerana bertindak tanpa mengambil sikap seperti tukul dengan pahat!!!

Teruskan usaha anda. Jadikan ia sebagai motivasi untuk PMR yang mendatang!
Jazakallah adik-adik budak kampung tadika 3 Intisor!!!


Khamis, 19 Mei 2011

3 INTISOR BUAT SURPRISE LAGI!!!

19/05/2011

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK!!!
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA!!!

Itu yang termampu saya ucapkan kepada adik-adik di 3 Intisor...
Sekali lagi mereka membuat kejutan untuk guru kelas mereka.
Saya tak mengharapkan sambutan sedemikian, tapi itulah yang mereka lakukan.
Saya sangat gembira dan terharu.

Dalam hati, berkepul-kepul doa saya panjatkan buat mereka.
Moga dipermudahkan urusan mereka untuk menuntut ilmu.
Moga mereka jadi kumpulan generasi yang dapat membetulkan kepincangan yang ada di negara ini pada masa akan datang.











Siap ada kek yang LAZAT!!!







... itulah wajah-wajah adik-adik 3 Intisor.

Bersama ketua kelas dan penolong ketua kelas.


Kek dipotong dan diagih-agihkan kepada warga kelas.


Ini bahagian saya. Saya yang nakkan banyak ni sahaja.
Orang yang habiskan bahagian lebih berkat! hehehe

Tapi saya kena "dera" untuk licinkan piring kek ni!hehehe

Ups... patutla sedap...!!!

Adik-adik,
Seorang guru tidak minta dihargai dengan majlis yang besar...
Namun penghargaan seumpama ini amatlah besar dan bermakna buat sekeping hati seorang guru. Saya sendiri tidak pernah meraikan guru saya dulu seperti ini.

Adik-adik,
Percayalah, siapapun yang pernah menjadi anak didik saya, biar senakal mana atau sebaik manapun dia, dia tetap dalam doa saya. Biarpun di mata mereka saya cukup dibenci, cukup menyakitkan hati mereka, namun mereka tetap dalam doa saya. Moga mereka menjadi hamba Allah yang mengenali akhirat dan menjadi "orang yang betul-betul orang"... yang menyedari hakikat bahawa "langit itu akan selamanya tinggi, dan bumi akan selamanya dipijak"...

Dari saya, sekalung penghargaan dan doa semoga kalian ( anak-anak didikku ) sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Dampingilah Tuhanmu, kelak tenang dan hebat dalam berjuang. Kalau jalan hitam yang kalian pilih, sedarlah bahawa kemanisan yang ada padanya hanya akan mengundang azab Allah sangatlah pedih... Bertindaklah berakalkan iman.

3 INTISOR 2011 BUAT SURPRISE!!!

10/05/2011

Hari ini hari pertama saya bertugas selepas seminggu cuti sakit. Sebaik memasuki kelas 3 Intisor, saya disambut meriah oleh seluruh keluarga kelas tersebut!






Mula-mula terkejut juga saya, kenapa ramai yang berbaris di luar kelas. Bimbang juga saya, takut-takut kedapatan dek ustazah Seri atau ustazah Wan. Apa pula dikatanya nanti pada guru kelas tersebut. Rupa-rupanya mereka sambut saya kembali bertugas dan mendoakan agar cepat sembuh!

Terharunya saya...
Terima kasih adik-adik 3 Intisor.
Saya sedar saya bukanlah cikgu yang baik seperti kalian harapkan.
Ramai dalam kalangan pelajar sekolah ini yang tidak berpuas hati dengan saya, cuma mereka tidak ada ruang untuk meluahkannya!

Sebab itu kadang-kadang mereka luahkan juga di beberapa ruang dalam blog saya dengan "tanpa nama". Tak mengapalah.

Terima kasih yang teramat tinggi buat adik-adik semua atas majlis terbest ini, dan atas doa kalian buat saya. Saya dah semakin sayang dengan adik-adik kelas ni. Moga kebaikan anda dan juga sesiapa juga di sekolah ini yang mendoakan kesejahteraan saya, saya doakan kalian sentiasa beroleh kesejahteraan dan kecemerlangan yang penuh keberkatan.

Khas buat adik-adik 3 Intisor, semogaa setiap titis usaha yang kalian taburkan menjadi benih-benih yang diberkati Allah. Kerana setiap usaha yang diberkati Allah, sekecil manapun ia akan menghasilkan buah yang cukup besar, apatah lagi jika usaha yang ditaburkan itu lebih besar dan banyak.

Mengenai Saya

Foto saya
SK LKTP ULU TEBRAU, SMK ULU TEBRAU, SM DATO' JAAFAR, SMK TELOK DATOK,UMS, ROTU UMS,::: 507,501, SKELERUPT, GWI IND, INCHEM IND, PLASTIC IND, STEEL IND, B. PAVES CONSULT, SMKTD, SMIH>>>