Tinggalkan Pautan Anda

Rabu, 30 Mac 2011

MUKHAYYAM PEMIMPIN











Tarikh : 25,26 & 27 MAC 2011
Lokasi : UTM

Progres Pembinaan Bangunan



Gambar diambil 29 Mac 2011

Ya Allah, Peliharakan Keselamatan Anak-anak SMIH

Tak boleh nak kata apa. Dah memang kawasan pembinaan, dan tiada pilihan laluan alternatif.
Kelihatan pelajar lalu lalang di sebelah kren yang mengangkut beban.




Mudah-mudahan tiada kejadian buruk berlaku, dan semoga bahagian keselamatan sekolah dan pihak pentadbiran sentiasa peka dan mengambil berat tentang hal ini. jangan dah terhantuk baru nak tergadah. jangan dah ada korban jiwa, kehilangan nyawa baru nak bertindak!

Selasa, 22 Mac 2011

Bersua Cikgu Sharom


Syukur sangat-sangat Allah pertemukan saya dengan cikgu KHB yang ajar saya masa tingkatan 2 dan 3 tahun 1992-1993. Cikgu Sharom, kini berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan di Sekolah Puteri Wangsa.

Hasil didikannya saya dapat anugerah Pelajar Terbaik Panitia KHB Tahun 1993. Dan jasanya yang paling besar ialah sekarang saya turut menjadi guru KHB sepertinya. Apa yang saya ajarkan kepada anak-anak murid saya kini adalah hasil ilmu yang beliau ajarkan kepada saya. Moga Allah rahmati hidup cikgu sekeluarga sepanjang hayat. Moga Allah rahmati cikgu dengan limpahan rahmat yang tidak bertepi. Terima kasih dengan didikan cikgu yang lembut tapi tegas. Saya suka sangat, dan saya menurutinya ( walaupun ada modified ikut kesesuaian hehehe ).

Semoga cikgu panjang umur dengan penuh keberkatan. Amiin.

Setelah beberapa langkah berpisah dengannya, saya berkata kepada isteri saya yang cantik itu..." Mungkin 15 ke 20 tahun akan datang akan ada anak murid saya yang akan datang tegur saya macamana saya tegur cikgu Sharom tadi..."




Solat Hajat Mohon Keselamatan

Hari ini 22/3/2011 telah diadakan solat hajat bagi seluruh warga SMIH. Tujuannya antara lain mohon kepada Allah agar SMIH terhindar dari segala perbuatan khianat yang bermaksud jahat menimbulkan kesusahan kepada warga ini. Semoga mereka beroleh hidayah dari Allah agar bertaubat dan menghentikan perbuatan keji itu. Seandainya berlaku keengganan bertaubat, semoga Allah tunjukkan kepada pelaku kejahatan itu "BAHAWA LANGIT ITU TINGGI DAN AKAN SELAMANYA TINGGI"... Baru dia tahu pedihnya disakiti...

Solat hajat dipimpin oleh Ustaz Muslim, dan doa pula dibacakan oleh Ustaz Aris.

Kemudian diikuti oleh bacaan Yasiin yang juga dipimpin oleh Ustaz Aris.

Setelah itu, semua warga diberikan air zam-zam dengan dicatatkan setiap individu yang telah minum air zam-zam.

Errr... dengan cikgu sekali kena minum... hehehe

Cuma sepatutnya warga pejabat termasuk En. Hatta & En. Kasyfi sekali kena solat bersama dan minum sama-sama, sebab mereka juga warga SMIH. Tambahan lagi kejadian yang berlaku juga melibatkan kawalan dan seliaan mereka. Segala kemungkinan tidak boleh disalahkan kepada guru semata-mata kerana mungkin juga kecuaian mereka turut menjadi punca! Jadi, jom doa sama-sama!!!




Progres Pembinaan Bangunan

Gambar baru sahaja diambil pagi tadi ( 22/03/2011 )



Progres kelihatan agak rancak, cuma sebelah petang sering terhenti akibat hujan lebat.
Moga berkat hendaknya bangunan yang di bina hasil derma orang ramai yang pemurah. Moga Allah berkati usaha para penderma yang ikhlas.

Kalau dah siap, jangkaannya beginilah bangunannya...




Progres Bengkel KHB





Ini keadaan bengkel terkini.
Gambar diambil 21/03/2011.
Apa yang saya bayangkan ialah :
1. Dulu bengkel dekat pun budak ambil masa hampir 7 minit untuk sampai, kalau sejauh ini, tak tahu berapa minit terpaksa mereka ambil...

2. Saya mengajar Geografi dan KHB, maka saya terpaksa berkejar dari bengkel sejauh ini untuk ke kelas. Bayangkan kalau kelas saya di penjuru blok bangunan Dewan Khandak dan saya perlu berkejar sebaik tamat pelajaran di bengkel? Bengkok saya dibuatnya, satu hal, satu hal lagi bagaimana keifisienan dari aspek masa? Nak salahkan saya lewat masuk ke kelas? Kalau ada ilmu ghaib pun mungkin lewat seminit!!!

3. Saya harap sangat semua bengkel terkumpul di bangunan baru ini. Namun nampaknya tak menjadi kenyataan. Apa yang difikir oleh pihak pengurusan atasan pun saya tak faham! Kan bagus di satukan kesemua bengkel KHB, alang-alang dah "mendapat tanah". Bengkel sedia ada boleh digunakan untuk atasi masalah kekurangan kelas...

4. Alamak tak sempat nak taipla.....

Mengenai Saya

Foto saya
SK LKTP ULU TEBRAU, SMK ULU TEBRAU, SM DATO' JAAFAR, SMK TELOK DATOK,UMS, ROTU UMS,::: 507,501, SKELERUPT, GWI IND, INCHEM IND, PLASTIC IND, STEEL IND, B. PAVES CONSULT, SMKTD, SMIH>>>