Pertemuan Kelab Kompang yang terakhir.
Pada pertemuan ini, diadakan latihan akhir bagi menutup tirai pertemuan aktiviti tahun ini. Tetapi aktiviti khidmat masyarakat untuk majlis perkahwinan dan majlis-majlis lain masih "available"!
Satu perkara pelik dalam sesi pertemuan akhir ini ialah... KENAPA ANGGOTA KELAB INI BERANAK PINAK??? Tiba-tiba ramai yang tak cukup kompang. Lazimnya anggota kelab ini sekitar 21 orang, sama dengan jumlah kompang yang ada. Tapi bertambah sehingga 35 orang dengan mendadak!!!! Bila di tanya, masing-masing mengaku memang anggota kelab ini dan dah daftar secara sah... sah tanpa pengetahuan guru penasihat??? (saya la tu)
Lalu terjawab persoalan di benak fikiran saya. Untuk pertemuan akhir ini, saya dah sediakan ayam goreng KFC. Setiap orang akan dapat 2 ketul. Banyak lagi lebihnya, untuk mereka yang "tank" besar tentu nak tambah.
Sah ada yang bukan "korum" kelab ini... namun, saya tak mahu ambil pusing. Rezeki dah depan mata, saya teruskan juga jamuan, pandai-pandailah mereka untuk mengagihkan seadanya.
Yang kesiannya ialah anggota yag tak pernah miss latihan dan aktiviti. Saya nak hargai mereka, tapi lain pula jadinya. Yang paling lahap ialah yang tak pernah nampak muka. Tapi saya sendiri tak ambil pusing. Hanya masukkan dalam laporan untuk tindakan susulan dan pengetahuan Jabatan Kurikulum sekolah di samping pengajaran pada masa depan.
Untuk anggota kelab kompang, terima kasih atas komitmen anda. Moga akan datang kita lagi progressif dan proaktif!
Amiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan