Tinggalkan Pautan Anda

Selasa, 9 November 2010

Sumbangan Kabin Untuk Koperasi SMIH

Alhamdulillah. Syukur pada Allah atas nikmat dan rahmat yang dikurniakan. Baru-baru ini ada seorang hamba Allah yang telah menyumbangkan sebuah kabin untuk kegunaan kooperasi SMIH. Saya masih kurang pasti sama ada ia dijadikan tempat penyimpanan ataupun pengurusan ataupun tempat jualan.

Terima kasih kepada penderma, semoga Allah mempermudahkan urusan anda di dunia dan di akhirat. Kebajikan anda di sisi Allah sangatlah besar ganjarannya.

Kooperasi sementara SMIH. Dengan keadaan begini, manakan pula barangannya yang sebanyak-banyaknya sebelum ini disimpan. Cukup sukar bukan.

Tapak kabin yang telah disediakan beberapa hari sebelum ketibaan.

Rak barangan yang akan diletakkan di dalam kabin.

4 November menyaksikan ketibaan dan penerimaan secara rasmi kabin yang didermakan oleh seorang hamba Allah.

Proses memindahkan kabin dari trailer ke tapak sepatutnya.

Hati-hati bang...ada 3 kenderaan kat garaj tu!

Unit keselamatan sekolah, kakitangan bukan akademik, saling membantu.



Adik-adik asrama turut sama menghulurkan bantuan.

Kabin selamat ditempatkan.

Gambar terkini, 9 November 2010, En. Yazid dan En. Karim sedang menyelenggara dan membuat pemasangan unit aircond dan bekalan elektrik di kabin terbabit.

Ruang dalam yang masih baik dan sempurna.

En. Karim tersenyum puas dapat berbakti kepada sekolah! Cewaah...kata En. Yazid!

Rabu, 3 November 2010

PROFIL PILIHAN 1 : Zakuan

PROFIL PILIHAN 1

Nama : Zakuan Bin Mat Desa

Cita-cita : Doktor & Pendakwah
Prinsip/Falsafah :
"Allah matlamatku, Al-Quran panduanku, Rasul teladanku, Jihad jalan juangku, Mati di jalan Allah cita-citaku yang tertinggi."
Hobi : Bermain bolasepak, badminton, memancing dan mengkaji reka bentuk kereta.
( kereta idola : REVENTON )


SMIH Pada Mata Saya :
"SMIH adalah sebuah pusat tarbiah yang dapat membentuk diri kita menjadi insan Rabbani."

Pesanan :
1) Program Pro-Air perlu diteruskan kerana terkandung di dalamnya penerapan tarbiah, ilmu-ilmu fiqh, isu semasa, peringatan dan pesanan yang sangat membina keperibadian pelajar sekolah.

2) Kepada rakan-rakan seperjuangan, belajarlah dengan tekun dan bersungguh-sungguh bukan semata-mata kerana dunia, bahkan untuk akhirat yang kekal abadi.

3) Jadikanlah hubungan kita dengan ALLAH S.W.T sentiasa erat dengan beristiqamah dalam melakukan solat sunat taubat, solat sunat yang lain dan zikrullah. Hormati guru-guru jadikan keutamaan kerana mereka membawa kita mengenal Allah dengan lebih dekat. Menghormati guru juga ketaatan kepada ALLAH.

4) Jangan hidup bercouple! Hidup tidak akan aman, kerana akal terganggu sentiasa mengingati perempuan. Ia membuang masa dan menjauhkan diri dari ALLAH. Ruang yang sepatutnya diisi dengan menyintai ALLAH kita isi pula dengan perempuan yang menjerumuskan kita kepada maksiat. Nauzubillah.

5) Ana mohon maaf kepada semua guru dan rakan -rakan pelajar atas segala khilaf sama-ada sengaja mahupun sebaliknya. Doakan saya agar memperolehi keputusan yang dapat melonjakkan kecemerlangan ana berbanding keputusan PMR yang lalu. Salam ingatan tulus ikhlas dari ana.

Majlis Solat Hajat & Mohon Restu Ting. 5, 2010


Majlis diakhiri dengan mohon restu dan kemaafan pelajar dengan guru-guru. Tradisi ini wajar diteruskan kerana ia melatih hati masing-masing agar saling redha meredhai. Perkara yang paling penting di sini ialah keredhaan dan keberkatan dari Allah. Hanya redha Allah sahajalah yang membuatkan kita selamat di akhirat kelak.

Moga adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi sentiasa dirahmati Allah dan beroleh hidayah agar sentiasa tetap dan teguh berada di jalanNya. Amiin.

Selasa, 2 November 2010

Kejohanan Ping Pong Anjuran MSKPP

Aksi jaguh regu yang tidak sukar untuk dikenali. Berhadapan dengan pencabar dari Foon Yew Pasir Gudang dalam acara akhir. Nasib tidak menyebelahi kita kerana mereka menghantar peserta yang nampak macam lagi muda dari jaguh kita yang mudanya dah luput sikit.

Persaingan dikatakan begitu sengit, dan menurut ketua pasukan, pengalaman berentap sehingga ke pusingan ini amatlah berharga kerana inilah kali pertama mereka mara ke pusingan akhir dengan diiringi kontinjen yang teramai berbanding sebelum ini.

Seronok Abang Yazid dan Ustaz Azri mendapat sijil penyertaan yang tidak ada dijual di koperasi sekolah!

Kontinjen kita (mix).



Kejohanan Ping Pong Anjuran Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (MSKPP).

Tarikh : 29 & 30 Oktober
Tempat : S.J.K Cina Seg Hwa, Segamat
Jaguh Hidayah : Ustaz Ezaidin ( Ketua Pasukan ), Ustaz Azmen, Ustaz Azri dan Encik Abang Yazid

TAHNIAH Kepada Ustaz Ezaidin kerana memenangi Naib Johan acara beregu! Kepada jaguh Hidayah yang lain juga tahniah dan terima kasih diucapkan kerana membawa "nadi" hidayah di persada sukan tanah air. Sesungguhnya kemana anda pergi, dakwah anda menjadi penyeri kepada masyarakat di luar sana. Tahniah sekali lagi.

Peperiksaan Semester 2 Tahun 2010

Peperiksaan Semester kedua berlangsung dari 25 Oktober ( menengah atas ), dan 29 Oktober (menengah rendah ) sehingga 9 November 2010.



Adik-adik yang sedang menduduki peperiksaan semester 2.
Moga mereka sentiasa meletakkan ilmu di tempat yang tertinggi, dan bukan menjadikannya sebagai bahan yang dipelajari untuk menduduki peperiksaan semata-mata.

Jadual Peperiksaan Menengah Rendah :

Isnin 1 Nov: BM1 / BM2 / Komputer

Selasa 2 Nov : BI 1 / BI 2 / Akidah

Rabu 3 Nov : Sains 2 / Sirah / Sains 2 / Fiqah

Khamis 4 Nov : Matematik 2 / Hadis@Tafsir

Jumaat 5 Nov : Cuti Umum

Isnin 8 Nov : Geografi / KHB / QTH@Hafazan

Selasa 9 Nov : Sej / Pend. Islam

Persekitaran Blok Yang Telah Dirobohkan

28 Oktober 2010
Alhamdulillah, kelihatan tali lingkaran amaran telah dipasangkan sebagai perimeter larangan. Tanda tersebut khabarnya sementara sebelum kontraktor memasang penghadang yang lebih sesuai.

Buat masa ini sehingga ke hari ini ( 1 November ) belum nampak sebarang aktiviti pembinaan dijalankan. Persoalan yang timbul di dalam perbualan anak-anak di sekolah ini ialah, adakah mereka sempat menggunakan Makmal KHB untuk kerja kursus PMR mereka awal tahun hadapan? Apakah maktabah dan kemudahan-kemudahan lain dapat digunakan pada tahun 2011? Semuanya akan terjawab menerusi masa.

Moga dana pembinaan blok baru ini dapat dicukupkan oleh para dermawan dari luar sana. Para pembaca yang ingin menderma, silalah berkunjung ke halaman web rasmi sekolah ini ;

"Marilah Infaqkan Harta ke Jalan Allah"


Program Keluarga Penyayang

28 Oktober 2010

Giliran Illfaiz memberikan tazkirah ringkas. Sebelum itu, perkongsian turut dibuat oleh adik Hazwan, Waiz, Rizqi, Syafiq Jaim, Nurhakam dan beberapa yang lain.

Point paling best ialah, bagaimana solat yangberkualiti dapat membina sikap dan peribadi yang kualitinya berbeza. Berkualiti solat seseorang, maka perlakuannya juga berkualiti, manakala buruknya kualiti seseorang, maka akhlaknya juga seburuk itu!

Semoga adik-adik dalam program ini sentiasa beroleh hidayah dan petunjuk dari Allah. Moga mereka memiliki keluarga yang juga beroleh keampunan Allah.

Penambah baikan Jeriji Keselamatan Kelas

26 Oktober 2010
Jeriji besi yang sedia ada kini diperkukuhkan lagi dengan penambahan palang besi berhampiran tangga-tangga setiap tingkat. Nampak tak bahagian mana?

Lihat anak panah. Besi tersebut baru sahaja dikimpal oleh encik berbaju merah tersebut. Alang-alang menjaga keselamatan, biarlah sampai tahap terjamin. Syabas pihak pengurusan.

Cumanya, nampak tak cantik warna berbelang-belang. Campur lagi dengan warna besi yang dah berkarat sangat. Apa kata cat semua bahagian besi tersebut. Kelak bila ada lawatan dari pihak luar, taklah tergesa-gesa mengecat seperti yang pernah kita alami. :D

Jumaat, 22 Oktober 2010

Pemegang Pintu Gril Dah Patah?

Dah patah?
Adik-adik... Bukan ke baru beberapa minggu grill ni dipasang?
Grill ni pula bukan diperbuat daripada sabun, lilin ataupun keju! Ia diperbuat daripada logam! Campuran keluli tahan karat. Walau adik-adik kata ia "cap ayam" sekalipun, ia tetap keras dan tahan lama...sekiranya digunakan dengan cermat!


Adik-adik, hargailah harta kita bersama. Gunakan elok-elok, cermat-cermat. Allah sayang dengan hambaNya yang cermat. Sebab hamba yang cermat adalah hambaNya yang berjimat dan bersyukur atas nikmat.


Tengok, kan dah tak lawa dah. Harap-harap ia tak berlaku pada pintu-pintu yang lain. Sama-sama kita jaga amanah ini.

Khamis, 21 Oktober 2010

Pasang Speaker Baru

19 Oktober 2010
6.23pm

Siapa tu?
Tengah buat apa tu?
Mengendap?
Tak mungkin....!!!

Rupanya Abang Karim dan Abang Kas tengah pasang speaker baru! Dah lewat petang ni bang... OT bukan ada pun! Ni lah pekerja contoh. Bekerja tak menunjuk, semua kerana Allah.

Nampaknya selepas ini segala pengumuman di persekitaran SMIH akan lebih jelas kedenganran berbanding sebelum ini.

Diharapkan pelajar sekolah ini akan lebih bersyukur dengan kemudahan ini. Tidak ada lagi kes pengumuman yang tidak kesampaian dan sebagainya. Apa yang pasti, pelajar perlu peka dan sentiasa bersedia dan bertindak pantas terhadap setiap pengumuman yang disampaikan. Kalau tidak, sia-sialah ia.

Terima kasih juga kepada Ustaz Azmen atas cadangan pemasangan alat tersebut.

Perkembangan Pembinaan Blok Baru SMIH

18 Oktober 2010

Setelah beberapa minggu tanpa sebarang aktiviti pembinaan, hari ini muncul beberapa individu beserta peralatan yang tidak saya kenali melakukan sesuatu ke atas struktur konkrit di bahagian tapak runtuhan.

Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang mereka lakukan. Cuma jika menurut pandangan saya mungkin mereka mengkaji struktur batuan dan tahap mampatan bawah tanah sebelum pembinaan dilaksanakan.

Itupun setelah saya melihat beberapa batang besi dibenamkan ke dalam tanah pada satu bahagian lubang.

Namun perkara yang masih menimbulkan kerisauan ialah tahap keselamatan pelajar di persekitaran tapak pembinaan. Tiada sebarang tanda amaran mahupun halangan yang dapat mencegah pelajar ataupun murid sekolah rendah dari memasuki atau merapati kawasan tapak pembinaan. Sebarang kemalangan boleh berlaku bila-bila masa jika dibiarkan.

Semoga keadaan ini tidak berpanjangan kerana ia melibatkan soal keselamatan anak-anak kita. Jangan sudah terhantuk baru nak tergadah. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Ini bukan lubang "golf", sebaliknya lubang yang digali untuk memasukkan batang besi yang saya maksudkan.

Rutin Latihan Pasukan Memanah

18 Oktober 2010

Dalam Usaha Sekolah Islam Hidayah menjadikan Sukan Memanah sebagai salah satu "Nitch" sekolah ini, usaha berterusan tanpa mengenal penat sentiasa digalas oleh Ustaz Ezaidin. Beliau sentiasa memantau dan memastikan pasukan ini agar sentiasa bersedia dan memiliki skill yang baik dan meningkat dari semasa ke semasa sehinggalah ia menjadi sebuah pasukan yang kredibel dan digeruni lawan.

Peserta yang terlibat di dalam sesi latihan ini juga dilihat begitu bersemangat menjalani latihan seperti yang telah dijadualkan. Lazimnya latihan tergendala apabila hujan turun memandangan latihan dilaksanakan di kawasan padang terbuka. Harap-harap tak ada budak yang sedang main bola sebelah sana tu kena panah! hehehe... kan bagus kalau pihak pengurusan adakan sebuah kawasan latihan tertutup untuk latihan intensif pasukan ini. Bukan untuk siapa pun, ... untuk sekolah ini jugak!!!

Apapun, syabas Ustaz Ezaidin. Teruskan bakti anda.

Mengenai Saya

Foto saya
SK LKTP ULU TEBRAU, SMK ULU TEBRAU, SM DATO' JAAFAR, SMK TELOK DATOK,UMS, ROTU UMS,::: 507,501, SKELERUPT, GWI IND, INCHEM IND, PLASTIC IND, STEEL IND, B. PAVES CONSULT, SMKTD, SMIH>>>