Tinggalkan Pautan Anda

Selasa, 4 Oktober 2011

Selamat Menduduki PMR 2011

Assalamualaikum.

Buat adik-adik yang sedang menduduki PMR 2011,
selamat maju jaya, semoga segala ilmu yang anda pelajari diberkati Allah.
Betulkan niat masing-masing, bahawa ilmu yang dipelajari
adalah kerana Allah semata-mata.

Seperkara yang perlu adik-adik faham tentang keberkatan ilmu
ialah, ia bukan semata-mata perilaku dan perbuatan baik adik-adik
sebelum menduduki peperiksaan semata-mata. Bahkan hampir
tiada kaitannya di situ. Ramai dalam kalangan adik-adik
yang faham kalau nak exam, kena buat baik, kena berakhlak baik, kena jaga makan,
kena jaga mata, kena cakap elok-elok dengan mak abah,
kena sopan dengan guru.... supaya ilmu berkat dan mudah jawab exam.

Adik-adik, salah tanggapan sedemikian.
Keberkatan ilmu yang dipelajari adalah pada setakat mana ia dipraktikkan
dan diamalkan. Sikap segelintir adik-adik yang hanya berubah beberapa
ketika sempena "peperiksaan besar" adalah tidak tepat, bahkah
lebih berbentuk satu sikap hipokrit. Kalau nak berubah, berubahlah
betul-betul. Perubahan ke arah kebaikan mendatangkan
keberkatan dalam hidup.

Semoga sesiapa yang berusaha dengan ikhlas,
Allah berikan ganjaran kecemerlangan, biarpun
dia sedar yang dia tak sebijak orang lain.

Selamat menduduki PMR!

MUKHAYYAM TINGKATAN 2 2011

23-25 Sept 2011
Tunjuk Laut, Mersing






















Isnin, 29 Ogos 2011

SALAM LEBARAN

Ucapan Selamat Merayakan Hari Raya Aidilfitri buat seluruh warga Sekolah Menengah Islam Hidayah baik dari lapisan guru-guru, lembaga, kakitangan bukan akademik hinggalah kepada adik-adik yang bersekolah di sekolah ini. Semoga Allah berkati dan rahmati apa yang kita usahakan di medan ini. Semoga ibadah kita di bulan Ramadhan ini bukan semata-mata berbentuk perlumbaan untuk melihat siapa jaguh, sebaliknya kembali kepada tujuan asal ibadah kita iaitu untuk mendapat redha dan rahmatNya.

Semoga kita pandai membezakan antara ibadah yang wajib dengan ibadah yang sunat, kerana dalam bulan inilah pelbagai bentuk ibadah dapat dilihat merata dilaksanakan dalam kalangan warga SMIH hingga ke SRIH. Malah, dalam beribadah juga, harus kita menggunakan akal dan kebijaksanaan agar ibadah kita diterima dan tidak menimbulkan perkara yang lain. Misalnya, membaca dan bertadarus al-Quran adalah amalan yang sangat dituntut, dan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa di mana saja. Tetapi semasa berada di dalam sesebuah majlis, baik majlis sambutan, majlis tazkirah, majlis formal yang tidak bercanggah dengan Syariah, manakah yang lebih utama? Bertadarus atau memuliakan majlis? Mudah saja untuk menilai. Andaikan anda sedang berceramah, dan anda melihat ada audien yang tidak ambil peduli dengan apa yang anda sampaikan, padahal anda begitu bersungguh-sungguh dalam penyampaian. Apakah yang anda rasa?

Semoga kita semakin matang saban tahun. Moga Allah tidak sibukkan kita dengan kesibukan dunia. Semoga bumi Hidayah ini menjadi medan juang yang BETUL jalannya dan ditadbir oleh hambaNya yang BETUL dengan cara yang BETUL. ( BETUL, BETUL, BETUL ).

Salam kemaafan dan Selamat Menyambut Syawal.

Khamis, 18 Ogos 2011

Jumble Sale Sedang Berlangsung

18/08/2011
Hari ini entah hari ke berapa ntah jumble sale ini berlangsung.
Sebenarnya ia bermula dari tarikh poster mengenainya di tampal.

Tu poster comel yang saya hasilkan. Kalau ada Ustaz Zaidi, tentu persaingan menghasilkan poster tersebut akan lebih sengit... Yang merah pula poster tentang I'tikaf ramadhan di UTM.

Lokasi di mana jualan dibuat. Koop sementara SMIH.

Antara bahan-bahan yang dijual. Sebenarnya ia tidak terhad kepada pakaian semata-mata, tetapi setakat ini, hanya pakaian sahaja yang di jual.
Hah, ada sesiapa yang nak menyumbang kepada dana Palestine, sila bawa bahan-bahan yang anda sayang tapi tak digunakan, untuk dijual dan hasilnya akan dimasukkan ke dalam dana. Apa-apa sahaja, mainan masa muda-muda dulu ke, basikal ke, periuk belanga ke, alatan dapur, alatan kenderaan, sport rim ( saya kebas dulu la hehehe ), engine RB26DET ke, joran ke ( yang ni pun saya kebas awal-awal )... pendek kata semua boleh dijual, asalkan dengan niat sedekah!!!

Mari beramal di bulan Ramadhan. Meriahkan amalan dengan ibadah sedekah!

Selasa, 16 Ogos 2011

Pertemuan Akhir Kelab Kompang yang AJAIB

22/06/2011
Pertemuan Kelab Kompang yang terakhir.
Pada pertemuan ini, diadakan latihan akhir bagi menutup tirai pertemuan aktiviti tahun ini. Tetapi aktiviti khidmat masyarakat untuk majlis perkahwinan dan majlis-majlis lain masih "available"!

Satu perkara pelik dalam sesi pertemuan akhir ini ialah... KENAPA ANGGOTA KELAB INI BERANAK PINAK??? Tiba-tiba ramai yang tak cukup kompang. Lazimnya anggota kelab ini sekitar 21 orang, sama dengan jumlah kompang yang ada. Tapi bertambah sehingga 35 orang dengan mendadak!!!! Bila di tanya, masing-masing mengaku memang anggota kelab ini dan dah daftar secara sah... sah tanpa pengetahuan guru penasihat??? (saya la tu)




Lalu terjawab persoalan di benak fikiran saya. Untuk pertemuan akhir ini, saya dah sediakan ayam goreng KFC. Setiap orang akan dapat 2 ketul. Banyak lagi lebihnya, untuk mereka yang "tank" besar tentu nak tambah.
Ustaz Azri saya jemput khas sebab beliau tolong saya untuk membeli hidangan yang lazat ini. Kalau beliau nak tambah pun tak jadi masalah.

Namun, masalah timbul apabila hidangan diagihkan. Ayam tak cukup sorang dua ketul. Malah... sorang seketul pun ngam-ngam je....!!!

Sah ada yang bukan "korum" kelab ini... namun, saya tak mahu ambil pusing. Rezeki dah depan mata, saya teruskan juga jamuan, pandai-pandailah mereka untuk mengagihkan seadanya.





Yang kesiannya ialah anggota yag tak pernah miss latihan dan aktiviti. Saya nak hargai mereka, tapi lain pula jadinya. Yang paling lahap ialah yang tak pernah nampak muka. Tapi saya sendiri tak ambil pusing. Hanya masukkan dalam laporan untuk tindakan susulan dan pengetahuan Jabatan Kurikulum sekolah di samping pengajaran pada masa depan.

Untuk anggota kelab kompang, terima kasih atas komitmen anda. Moga akan datang kita lagi progressif dan proaktif!
Amiin.

AMARAN 1 Hikmah kepada semua!!!


"HANYA USTAZ DAN USTAZAH YANG DIBENARKAN MELALUI KELAS 1 HIKMAH.
KALAU ANTUNNA CUBA MEROSAKKAN HARTA BENDA KELAS 1 HIKMAH, KAMI SEMUA AKAN TUNTUT PERBUATAN ANTUNNA DI AKHIRAT NANTI.

SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MELIHAT DAN MAHA MENGETAHUI.

KERJA SAMA ANTUNNA AMAT KAMI HARGAI.

Begitulah amaran adik-adik dari kelas 1 Hikmah. Tak mungkin mereka menampal amaran sedemikian jika sesuatu yang kurang baik tidak berlaku ke atas mereka. Sebenarnya kelas ini merupakan antara kelas yang menjadi laluan lintasan mudah dari blok bersebelahan. Jika tidak menyeberang melalui kelas ini, laluan pilihan adalah lebih jauh.

Mana lebih baik?
Jauh sedikit tanpa fitnah, atau laluan singkat semudah terjatuhnya fitnah atas kita.

Fitnah boleh berlaku tanpa disedari. Contohnya mudah. Adik-adik tergesa-gesa untuk ke bilik guru lelaki pada waktu rehat. Laluan terdekat ialah menyeberangi kelas-kelas ini ( 1 Hikmah, 1 Ihsan ). Adik melaluinya bersendirian, dan dari kejauhan ada mata yang menyaksikan tindak-tanduk adik. Adik jujur, tak usik apa-apa pun. Waktu petang, ada pelajar 1 Hikmah mengadu kehilangan barang. Adik di panggil ke bilik guru kerana ada saksi yang melihat adik masuk ke kelas tersebut pada waktu rehat secara bersendirian dan dalam keadaan tergesa-gesa!!! INILAH FITNAH!!!

Elakkan diri dari perkara yang boleh menyusahkan kita.
Jauhkan diri dari fitnah.

Bagi yang memang "ringan tangan" suka usik barang milik orang lain, berhati-hatilah. Sesungguhnya amaran adik-adik 1 Hikmah itu tetap dalam PERHATIAN ALLAH!
Kerana itu adalah hak mereka...

LOGO SMIH

Ada yang minta saya upload Logo SMIH format PNG.
Jadi saya kongsikan di sini.

IFTAR GURU-GURU SMIH

12/08/2011
Iftar guru-guru SMIH bersama anggota lembaga dan ahli keluarga guru-guru telah diadakan beru-baru ini. Program dimulakan dengan tazkirah ringkas oleh Ustaz Aminuddin Ruskam.

Sungguhpun suasana sungguh hingar bingar lantaran keriuhan anak-anak kecil yang berlumba lari dan bermarathon, namun isi kandung tazkirah beliau masih tetap menyengat! Banyak input wajar diambil pusing dan diperhatikan. Alangkah indahnya jika ibu bapa anak-anak terbabit "mengerti" tentang kemuliaan majlis ilmu. Sewajarnya dengan apa cara pun, anak-anak itu didiamkan, agar dari kecil mereka diasuh memuliakan majlis ilmu sekalipun seringkas ini. Anak-anak itu tidak bersalah kerana mereka tidak mengerti. Yang bersalahnya ialah ibu bapa yang tak terperasan ketidak mengertian anak-anak mereka sehingga menimbulkan gangguan terhdap majlis seumpama ini. Semoga ia tidak berulang

Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Mat Noor. Guru muda yang berpotensi besar untuk meneruskan medan juang dakwah di bumi ini. Tekun mendengar "nasihat" Ustaz Aminuddin.


Majlis berbuka puasa dengan kurma, kuih muih dan pisang sejurus sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah.



Kehebatan Ustaz Azmen terserlah dalam pelbagai bidang dan arena. Ini antara bidang yang cukup diminati beliau. Hebat betul beliau. ( Entah kenapa, secara tak langsung semua jemaah melonggokkan makanan ke depan ustaz Azmen, lalu terus masuk saf solat Maghrib hehehe...)

Selepas solat Maghrib, hidangan nasi berlauk kampung dihidangkan untuk didnikmati bersama di dalam talam. Lapar punya pasal, terlupa nak ambil gambar. Lepas solat Isyak, agenda diteruskan dengan solat sunat Terawih dan witir.

Perkara yang saya suka tengok di 3 Intisor

Kali pertama terpandang posster hasil tangan ni, saya rasa ia sebuah poster semangat setiakawan dan jatidiri yang cuba diserlahkan oleh warga kelas ini. Tetapi bila saya belek-belek, saya terkejut, terpaku... nak ketawa ada, senyum pun senget-senget! Mana tidaknya, rupa-rupanya watak berbaju hitam ketat kat tengah tu pakai name tag ANUAR...!!!

Saya fikir ANUAR mana lagi? Tak mungkin mereka lukis ayah kepada AIMAN ANUAR tu... Bertuah betul adik-adik 3 Intisor. Tak apalah. Seronok juga rasa dihargai begini!!! Cuma, hero tu macam pakai kain pelikat daaaa.... Mujur bukan "kain belah" hehehe...

Hari-hari berikutnya, saya belek-belek lagi di papan kenyataan kelas... terpaku lagi sekali!!! Nak menjerit pun ada... seketul lagi kartun pasal saya!!!

Siap pakai t-shirt ACHTUNG! lagi tu... kalau tak salah, ni macam kerja SARAH!!!!


Semua ni bakal jadi kenangan. Saya abadikan di sini buat tatapan adik-adik ni masa mereka dah tua. Masa saya dah meninggal dunia. Biar mereka teringat kat saya balik, dan terasa nak hadiahkan Fatehah untuk saya. Taklah sakit sangat saya kat kubur nanti...huhuhu...

Wassalam.




Mengenai Saya

Foto saya
SK LKTP ULU TEBRAU, SMK ULU TEBRAU, SM DATO' JAAFAR, SMK TELOK DATOK,UMS, ROTU UMS,::: 507,501, SKELERUPT, GWI IND, INCHEM IND, PLASTIC IND, STEEL IND, B. PAVES CONSULT, SMKTD, SMIH>>>