
PROFIL PILIHAN 1
Nama : Zakuan Bin Mat Desa
Cita-cita : Doktor & Pendakwah
Prinsip/Falsafah :
"Allah matlamatku, Al-Quran panduanku, Rasul teladanku, Jihad jalan juangku, Mati di jalan Allah cita-citaku yang tertinggi."
Hobi : Bermain bolasepak, badminton, memancing dan mengkaji reka bentuk kereta.
( kereta idola : REVENTON )
SMIH Pada Mata Saya :
"SMIH adalah sebuah pusat tarbiah yang dapat membentuk diri kita menjadi insan Rabbani."
Pesanan :
1) Program Pro-Air perlu diteruskan kerana terkandung di dalamnya penerapan tarbiah, ilmu-ilmu fiqh, isu semasa, peringatan dan pesanan yang sangat membina keperibadian pelajar sekolah.
2) Kepada rakan-rakan seperjuangan, belajarlah dengan tekun dan bersungguh-sungguh bukan semata-mata kerana dunia, bahkan untuk akhirat yang kekal abadi.
3) Jadikanlah hubungan kita dengan ALLAH S.W.T sentiasa erat dengan beristiqamah dalam melakukan solat sunat taubat, solat sunat yang lain dan zikrullah. Hormati guru-guru jadikan keutamaan kerana mereka membawa kita mengenal Allah dengan lebih dekat. Menghormati guru juga ketaatan kepada ALLAH.
4) Jangan hidup bercouple! Hidup tidak akan aman, kerana akal terganggu sentiasa mengingati perempuan. Ia membuang masa dan menjauhkan diri dari ALLAH. Ruang yang sepatutnya diisi dengan menyintai ALLAH kita isi pula dengan perempuan yang menjerumuskan kita kepada maksiat. Nauzubillah.
5) Ana mohon maaf kepada semua guru dan rakan -rakan pelajar atas segala khilaf sama-ada sengaja mahupun sebaliknya. Doakan saya agar memperolehi keputusan yang dapat melonjakkan kecemerlangan ana berbanding keputusan PMR yang lalu. Salam ingatan tulus ikhlas dari ana.
Semoga berjaya mencapai cita
BalasPadamTry your best. Ustazah doakan kejayaan anta dunia dan akhirat.
-Ustazah Norimah
Salam.Semoga anta berjaya mencapai cita2 yg diimpikan..Insyallah doa ustz iringkan dan panjatkan pada Allah swt yg Maha berkuasa...
BalasPadamterima kasih guru2 yg ana kasihi....
BalasPadamberlarilah dgn cita-cita...
BalasPadamalhamdulillah, sekarang ini ana telah berjaya melanjutkan pelajaran di KUIS. ana mengambil kos diploma syariah dan perundangan islam
BalasPadam