Tinggalkan Pautan Anda

Selasa, 22 Mac 2011

Solat Hajat Mohon Keselamatan

Hari ini 22/3/2011 telah diadakan solat hajat bagi seluruh warga SMIH. Tujuannya antara lain mohon kepada Allah agar SMIH terhindar dari segala perbuatan khianat yang bermaksud jahat menimbulkan kesusahan kepada warga ini. Semoga mereka beroleh hidayah dari Allah agar bertaubat dan menghentikan perbuatan keji itu. Seandainya berlaku keengganan bertaubat, semoga Allah tunjukkan kepada pelaku kejahatan itu "BAHAWA LANGIT ITU TINGGI DAN AKAN SELAMANYA TINGGI"... Baru dia tahu pedihnya disakiti...

Solat hajat dipimpin oleh Ustaz Muslim, dan doa pula dibacakan oleh Ustaz Aris.

Kemudian diikuti oleh bacaan Yasiin yang juga dipimpin oleh Ustaz Aris.

Setelah itu, semua warga diberikan air zam-zam dengan dicatatkan setiap individu yang telah minum air zam-zam.

Errr... dengan cikgu sekali kena minum... hehehe

Cuma sepatutnya warga pejabat termasuk En. Hatta & En. Kasyfi sekali kena solat bersama dan minum sama-sama, sebab mereka juga warga SMIH. Tambahan lagi kejadian yang berlaku juga melibatkan kawalan dan seliaan mereka. Segala kemungkinan tidak boleh disalahkan kepada guru semata-mata kerana mungkin juga kecuaian mereka turut menjadi punca! Jadi, jom doa sama-sama!!!




1 ulasan:

Mengenai Saya

Foto saya
SK LKTP ULU TEBRAU, SMK ULU TEBRAU, SM DATO' JAAFAR, SMK TELOK DATOK,UMS, ROTU UMS,::: 507,501, SKELERUPT, GWI IND, INCHEM IND, PLASTIC IND, STEEL IND, B. PAVES CONSULT, SMKTD, SMIH>>>