Tinggalkan Pautan Anda

Selasa, 22 Mac 2011

Progres Bengkel KHB





Ini keadaan bengkel terkini.
Gambar diambil 21/03/2011.
Apa yang saya bayangkan ialah :
1. Dulu bengkel dekat pun budak ambil masa hampir 7 minit untuk sampai, kalau sejauh ini, tak tahu berapa minit terpaksa mereka ambil...

2. Saya mengajar Geografi dan KHB, maka saya terpaksa berkejar dari bengkel sejauh ini untuk ke kelas. Bayangkan kalau kelas saya di penjuru blok bangunan Dewan Khandak dan saya perlu berkejar sebaik tamat pelajaran di bengkel? Bengkok saya dibuatnya, satu hal, satu hal lagi bagaimana keifisienan dari aspek masa? Nak salahkan saya lewat masuk ke kelas? Kalau ada ilmu ghaib pun mungkin lewat seminit!!!

3. Saya harap sangat semua bengkel terkumpul di bangunan baru ini. Namun nampaknya tak menjadi kenyataan. Apa yang difikir oleh pihak pengurusan atasan pun saya tak faham! Kan bagus di satukan kesemua bengkel KHB, alang-alang dah "mendapat tanah". Bengkel sedia ada boleh digunakan untuk atasi masalah kekurangan kelas...

4. Alamak tak sempat nak taipla.....

3 ulasan:

  1. siapnya bengkel KHB . lagi memudahkan ustaz untuk mendidik anak anak hidayah dengan memukul , mencaci dan mengatakan yang langit itu tinggi . semua orang tau langit tu tinggi tetapi setiap manusia melakukan kesalahan
    bahawasanya langit memang tinggi tetapi dengan mendidik anak anak hidayah dengan memukul dan menyeksa bukanlah satu jalan yang baik . cakap lah dengan cara yang baik itulah yang cara yang memudahkan kan ? tetapi dengan cara ustaz anuar iaitu guru yang seorang menangap semua benda serious memang terbaik la kn ?
    saya memang tidak berani cakap face to face .
    tetapi cara memberi saranan, ketidak puas hati , kegeraman dan lain lain . ustaz perlu ingat doa orang yang dizalimi di dimakbulkan . walaupun ustaz hanya seorang guru jangan lah guna nama *guru sebagai alasan diakhirat nanti . akhir kata saya berminta maaf atas ketidak sopanan saya . tapi satu je yang saya nak mintak dengan ustaz . ustaz didik cara yang betul semua terima dengan betul . SALAM

    BalasPadam
  2. kalau tak buat salah,ada ke kena pukul+caci,so kalau tak kena caci+pukul berusaha la untuk tidak buat salah.sedang DIA pun sedia kan neraka sebagai balasan.

    makmal tak boleh nak buat dekat sebab empunya tanah masih tak nak jual lagi kot.kan tanah padang tu sewa lagi kan?ke tak?

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum.
    Buat adik "tanpa nama", terima kasih dengan bahasa adik yang cantik tu.

    ..."Bengkel" untuk memudahkan saya memukul dan menyiksa pelajar SMIH...itu kata adik.

    Tak apa, kita lihat, siapa FITNAH siapa.

    Apapun, saya tetap merendah diri dan memohon maaf kerana membuat anda rasa tersinggung.

    Pesan saya... RAMAI YANG TAHU LANGIT ITU TINGGI... TAPI RAMAI TIDAK SEDAR TENTANG KETINGGIANNYA... selidikilah dengan akal dan pengalaman hidup yang matang. :D

    BalasPadam

Mengenai Saya

Foto saya
SK LKTP ULU TEBRAU, SMK ULU TEBRAU, SM DATO' JAAFAR, SMK TELOK DATOK,UMS, ROTU UMS,::: 507,501, SKELERUPT, GWI IND, INCHEM IND, PLASTIC IND, STEEL IND, B. PAVES CONSULT, SMKTD, SMIH>>>