Tinggalkan Pautan Anda

Rabu, 16 September 2009

PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA

Untuk panduan bersama, berikut adalah perkara yang tidak membatalkan puasa dari aspek perubatan :

1. Penggunaan jarum suntikan
Jika seeorang mengidap diabetes misalnya, dan memerlukan suntikan setiap beberapa jam, maka dimaafkan. Suntikan berbeza denganmakan dan minum. Malah tidak termasuk dalam memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka.

2. Menitiskan ubat ke dalam mata
Ini kerana mata juga bukan salah satu rongga yang terbuka.

3. Penggunaan inhealer/gas untuk pengidap asma
Bagi orang yang sakit penat atau asma atau lelah ubat ini sangat diperlukan. Tidak dinafikan bahawa terdapat gas yang masuk ke dalam rongga semasa sedutan. Tetapi kerana tujuan perubatan, maka ia dimaafkan ( menurut pandangan Ustaz Ismail Kamus ).
4. Menderma darah
Derma darah tidak membatalkan puasa. Ia seperti prose berbekam. Walau bagaimanapun, mungkin aktiviti derma darah agak meletihkan. Oleh itu elok ditangguhkan ke waktu malam. Namun ada juga ulama' yang berpendapat bahawa menderma darah boleh membatalkan puasa. Sebaiknya mendermalah pada masa lain.
5. Menerima darah derma
Ia juga tidak membatalkan puasa. Walaupun semasa proses kemasukan darah, ada dicucukkan jarum ke lengan, namun ia bukanlah rongga yang terbuka.
6. Sedutan gas oksigen
Setiap hari kita sedut oksigen! Hmmm....kalau tak ada oksigen, alamatnya tak bernafaslah! Mungkin ada pendapat ulama' yang menganggap bahawa ia membatalkan. Wallahualam...
Begitu juga dengan sesetengah penyakit seperti resdung yang mana pesakitnya terpaksa menyedut ubat gasnya beberapa kali. InsyaAllah, ia juga bukan termasuk di dalam perkara yang membatalkan puasa kerana untuk tujuan perubatan semata-mata.
7. Gas pelalian
Suntikan atau sedutan gas pelalian juga tidak membatalkan puasa kerana tujuan perubatan.
8. Penggunaan krim
Menyapu krim ubat pada kulit, sekalipun ada penyerapan ke dalam anggota tubuh tetap tidak membatalkan puasa. Ia bukanlah rongga terbuka.
9. Penggunaan gas bius
Ia tidak membatalkan puasa. Jika pesakit menjalani pembedahan dan dia berpuasa, maka puasanya tetap dianggap sah.
10. Penggunaan teropong dalam perut
Tidak membatalkan puasa atas sebab keperluan perubatan dan bukan menghantar makanan ke perut.
11. Pengambilan sampel darah
Juga tidak membatalkan puasa, baik sampel diambil dari hujung jemari mahupun di bahagian lengan.
12. Berkumur atau semburan di mulut
Ia tidak membatalkan puasa seperti juga amalan berkumur dan bersugi. Namun apa yang penting ialah perlu dipastikan agar tidak tertelan sebarang bahan tersebut seperti ubat gigi atau ubat semburan mulut tadi.
Wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mengenai Saya

Foto saya
SK LKTP ULU TEBRAU, SMK ULU TEBRAU, SM DATO' JAAFAR, SMK TELOK DATOK,UMS, ROTU UMS,::: 507,501, SKELERUPT, GWI IND, INCHEM IND, PLASTIC IND, STEEL IND, B. PAVES CONSULT, SMKTD, SMIH>>>