Tinggalkan Pautan Anda

Jumaat, 8 Oktober 2010

Mukhayyam Tingkatan 4 Tahun 2010

8 Oktober 2010

Hari ini pelajar tingkatan 4 SMIH, akan melaksanakan Program Perkhemahan Tahunan mereka di Kem Telok Gorek, Mersing.

Kita harapkan mereka dapat melalui aktiviti tahunan ini dengan penuh semangat dan kesungguhan. Hmmm, secara personal, kelemahan yang perlu diatasi oleh batch kali ini ialah masalah kepimpinan yang kurang mantap, sehingga menimbulkan puak-puak, masalah semangat yang tidak menyala, dan sikap yang masih kebudak-budakan. Mereka perlu lebih bersatu, bersemangat dan berdaya saing! Kalau tidak, lebih besar tanggungjawab kita untuk membentuk mereka.

epatutnya mereka perlu menggunakan kelebihan mereka (bijaksana) dalam mengatasi masalah batch mereka. Hal tersebut pasti boleh di atasi...

Kaitan gambar di atas?
Hmmm... tersirat!!!
Hanya mereka yang mengenai saya dapat menafsirkannya... hehehe.


Selasa, 5 Oktober 2010

Senyum Bermakna

Naruto???
Belang Tarung dia lain pulak!!!
Hehehe... loreng perang pun bukan!!!

Siap tunjuk kuih lagi tu!!!
Sporting betul adik ni.

Sayangnya adik ni minta matanya ditutup sebab segan satu dunia tengok dia. Kita ikutlah kehendaknya, asalkan dia sanggup jadi contoh untuk iklan "Mari Bersihkan Kelas Sebersih Kuih Ini".

Terima kasih adik yang sporting.
Moga kawan-kawannya gerun dengan semangat juang adik kita ni.

Sememangnya benar, kelas yang bersih sangat mempengaruhi keberkesanan pembelajaran dan tumpuan pelajar kepada p&p. Malah, setiap guru "mesti" peka dengan persekitaran kelas. Sepatutnya setiap guru tidak boleh bersikap memandang kebersihan kelas dengan "pandangan sebelah mata".

Kebersihan kelas bukanlah tanggungjawab guru kelas semata-mata. Sebaliknya, ia menjadi sebahagian daripada fitrah guru itu sendiri yang "pantang" melihat sampah di dalam kelas. Hal ini sangat perlu dalam proses penerapan nilai kebersihan secara total kepada anak didik. Sikap memandang remeh pada perkara ini akan menghasilkan anak didik yang hanya melaksanakan pembersihan berdaarkan keperluan. Maka timbullah situasi pelajar hanya membersihkan kelas pada waktu mata pelajaran tertentu sahaja. Hasilnya, pelajar melakukan hal tersebut bukan kerana tanggungjawab dan keikhlasan, sebaliknya kerana yang lain.

Mari kita fahami iklan adik ni.

Hari Jalinan Mesra Tingkatan 5

1 Oktober 2010


Hari-hari Akhir Sebelum PMR

Bila belek balik gambar ni, teringat zaman mereka semasa di tingkatan satu. Sekejap je dah tingkatan tiga.

Moga pedoman yang telah diberikan, memberikan mereka bekal yang sangat berguna dalam menempuh masa depan yang begitu mencbar

Ingat adikadikku. PMR yang kalian tempuh kini, adalah secebis kisah cabaran di hari muka. Jangan lemah dan jangan patah semangat. Andai bertemu jalan buntu, kembalilah kepada yang Maha Pencipta. Jangan cari jalan singkat yang kelihatannya sangat indah dan mudah.


Aktiiti KRS Ke-13






29 September 2010

Jumaat, 24 September 2010

Keceriaan Kelas 16 Syawal

Amboi cerianya Izat & Acik! Kenapa Haikal tu? Buku boleh melekat kat pipi lah. Pandai dia buat magik. Buat lah lagi Haikal ya.

Eh? Kenapa songkok putih? Tinggi pula tu songkoknya!

Songkok Acik pula kolop, macam S. Samsudin...hehehe

Ooo rupa-rupanya mereka kena lakukan ikhtiar hidup untuk memiliki songkok dalam jangka masa singkat. Maklumlah, hari Jumaat kan kena pakai songkok. Hehehe... happy betul mereka. Salah tu dik, jangan ulangi.

Hah, kan segak bila berbaju Melayu dan bersongkok!

"Countdown Board"

Haaa... dah nampak dah papan "countdown" tu. Dia nyorok sebelum ni. Ni baru ambil pagi tadi. Jom kita tengok, berapa hari lagi nak PMR? Eee...seramnya!
Huh???
52 hari lagi???
Salah laaa... bukan tinggal 11 hari lagi ke???

Pasang Grill Baru Tu!!!

Alhamdulillah, beberapa lokasi sekolah kita telah dipasang dengan grill! Kenapa pasang gril?

Tujuannya adalah untuk keselamatan. Sama ada keselamatan kelas, mahupun keselamatan anak-anak di SMIH. Kalau tidak dikunci, dikhuatiri berlaku kehilangan harta benda dala kelas-kelas tertentu. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubat, jangan dah terhantuk baru nak tergadah.
Bukanlah anak-anak SMIH ni nakal, sehingga kelas perlu di mangga dan di pasang grill, cuma bila bajet kewangan pun ada, apa salahnya langkah keselamatan ini dipertingkatkan. Tak gitu?
Cuma kita harapkan, anak-anak SMIH pandai-pandailah hargai nikmat yang Allah anugerahi. Gunakan elok-elok. Jangan rosakkan. Sekolah kita tanggungjawab kita bersama.
CINTAI SMIH

Tiada Countdown SPM & PMR?

22 September 2010
PMR dan SPM terlalu hampir. Namun, sehingga tarikh di atas, tidak kelihatan "countdown" seperti tahun-tahun terdahulu. Lazimnya, di bangunan inilah papan "countdown" dipaparkan sebagai peringatan kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan awam tersebut. Mungkin semangat kemerdekaan masih menebal, dan papan "countdown" tersebut terlindung di balik banner tersebut.

Apapun, yang penting adalah persediaan secara individu anak-anak yang akan menduduki peperiksaan. Masing-masing harus sedar tentang langkah masing-masing. Moga PMR dan SPM Tahun 2010 mempersembahkan sebuah persembahan yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Koperasi Sementara SMIH

Ini koperasi sementara SMIH. Tahniah kepada guru dan kakitangan Koperasi SMI. Walaupun serba kekurangan, namun mereka tetap menjalankan tanggungjawab memberikan khidmat tanpa berbelah bagi. Bezanya, barangan yang dijual lebih kepada barang makanan dan minuman. Maklumlah, ruang secomel itu mana boleh bubuh banyak sangat barang. Kalau hujan, alamat lencun kawasan tu. Kesian kan. Sabarlah. Nanti kita dapat yang lagi baik, insyallah.

Kita harapkan ramai lagi para dermawan menyumbang untuk dana pembinaan bangunan baru tu. Semoga Allah terima derma mereka sebagai amal ibadah yang menyelamatkan mereka di akhirat kelak. Amiin.

Mengenai Saya

Foto saya
SK LKTP ULU TEBRAU, SMK ULU TEBRAU, SM DATO' JAAFAR, SMK TELOK DATOK,UMS, ROTU UMS,::: 507,501, SKELERUPT, GWI IND, INCHEM IND, PLASTIC IND, STEEL IND, B. PAVES CONSULT, SMKTD, SMIH>>>