22 September 2010

PMR dan SPM terlalu hampir. Namun, sehingga tarikh di atas, tidak kelihatan "countdown" seperti tahun-tahun terdahulu. Lazimnya, di bangunan inilah papan "countdown" dipaparkan sebagai peringatan kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan awam tersebut. Mungkin semangat kemerdekaan masih menebal, dan papan "countdown" tersebut terlindung di balik banner tersebut.
Apapun, yang penting adalah persediaan secara individu anak-anak yang akan menduduki peperiksaan. Masing-masing harus sedar tentang langkah masing-masing. Moga PMR dan SPM Tahun 2010 mempersembahkan sebuah persembahan yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan