Amboi cerianya Izat & Acik! Kenapa Haikal tu? Buku boleh melekat kat pipi lah. Pandai dia buat magik. Buat lah lagi Haikal ya.

Eh? Kenapa songkok putih? Tinggi pula tu songkoknya!

Songkok Acik pula kolop, macam S. Samsudin...hehehe

Ooo rupa-rupanya mereka kena lakukan ikhtiar hidup untuk memiliki songkok dalam jangka masa singkat. Maklumlah, hari Jumaat kan kena pakai songkok. Hehehe... happy betul mereka. Salah tu dik, jangan ulangi.

Hah, kan segak bila berbaju Melayu dan bersongkok!
