Tinggalkan Pautan Anda

Khamis, 21 April 2011

Progres Pembinaan Bangunan 6 APRIL

6/4/2011





Tu kalau terlucut tong simen tu, alamat penyek En. Hatta kat bilik tu!!!

Khamis, 7 April 2011

MAJLIS PERPISAHAN HJH KAMALIAH NOORDIN

31/03/2011
Tarikh bersejarah yang akan dikenang di dalam lipatan sejarah bumi Hidayah. Pengetua pertama SMIH Pn. Hjh Kamaliah Noordin menamatkan perkhidmatannya selama 16 tahun dan digantikan dengan Pn. Hjh Fauziah Abd. Salam.

Berikut saya rakamkan sekelumit kenangan Majlis perpisahan tersebut yang merakamkan kesyahduan pada riak wajah anak-anak SMIH dan guru-gurunya. ( tapi gambar mereka menangis saya gagal rakamkan, maklumlah guna hp, lambat snapping... sempat mereka tutup muka. Yang ada kat sini cuma gambar tak sedih... xpalah )

Guru-guru lelaki berbaris di bahagian hadapan menyambut ketibaan Pengetua menjelang 7.50 pagi.
Barisan panjang disusun hingga ke musolla untuk mengarak Pengetua sebagai penghargaan kepada jasa-jasa beliau.
Guru-guru perempuan lama dan baru turut tidak ketinggalan untuk bersama-sama di hari bersejarah ini.
Ketua pelajar yang akan menghadiahi pengetua dengan sejambak bunga tanda kasih sayang dan penghormatan.
Kelihatan kereta Pengetua memasuki perkarangan sekolah.



Pasukan Kompang SMIH terdiri dari anggota lama dan baru merakamkan khidmat akhir kepada Pengetua dengan alunan gemaan paluan kompang.




Sayalah cikgu kompang tu!!!
Musola penuh, cikgu-cikgu kena duduk kat luar!
Cikgu-cikgu perempuan lagi kena duduk kat luar sebab mereka kuat menangis!!! Takut mengganggu kelancaran majlis!!! Huhu...





Wasiat apakah yang beliau titipkan sebagai kenangan akhir bersama Pengetua? Hanya piala bola Jabatan Sukan SMIH yang sempat melihat catatannya.
Azri mengagumi prestasi kamera videonya dalam majlis perpisahan tersebut!
Dua cikgu sukan yang terperangkap dalam piala yang bakal di hadiahkan kepada pengetua.
Saya juga sedih dengan pemergian beliau, tetapi cara saya sedih memang macam tu...nampak gigi...
Sama macam ustazah Hawanis, beliau juga sedih dengan cara menampakkan giginya...
Ucapan akhir pengetua kepada warga SMIH dan KBA.
Saiful Islam menjerit menggunakan microphone sebagai persembahan akhir beliau buat pengetua.
Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan. ( Lihat kerjasama erat dalam kalangan guru-guru sukan ini. Mereka bersama-sama memikul beban menghabiskan kuah sate menggunakan lidi sate ).

Selamat berjuang di medan baru buat Ustazah Kamaliah.
Selamat bertugas selaku Pengetua Ke-2 SMIH buat Ustazah Fauziah. Moga kalian Allah rahmati hingga ke akhir hayat.

Wassalam.

Mengenai Saya

Foto saya
SK LKTP ULU TEBRAU, SMK ULU TEBRAU, SM DATO' JAAFAR, SMK TELOK DATOK,UMS, ROTU UMS,::: 507,501, SKELERUPT, GWI IND, INCHEM IND, PLASTIC IND, STEEL IND, B. PAVES CONSULT, SMKTD, SMIH>>>