Tinggalkan Pautan Anda

Jumaat, 24 September 2010

Keceriaan Kelas 16 Syawal

Amboi cerianya Izat & Acik! Kenapa Haikal tu? Buku boleh melekat kat pipi lah. Pandai dia buat magik. Buat lah lagi Haikal ya.

Eh? Kenapa songkok putih? Tinggi pula tu songkoknya!

Songkok Acik pula kolop, macam S. Samsudin...hehehe

Ooo rupa-rupanya mereka kena lakukan ikhtiar hidup untuk memiliki songkok dalam jangka masa singkat. Maklumlah, hari Jumaat kan kena pakai songkok. Hehehe... happy betul mereka. Salah tu dik, jangan ulangi.

Hah, kan segak bila berbaju Melayu dan bersongkok!

"Countdown Board"

Haaa... dah nampak dah papan "countdown" tu. Dia nyorok sebelum ni. Ni baru ambil pagi tadi. Jom kita tengok, berapa hari lagi nak PMR? Eee...seramnya!
Huh???
52 hari lagi???
Salah laaa... bukan tinggal 11 hari lagi ke???

Pasang Grill Baru Tu!!!

Alhamdulillah, beberapa lokasi sekolah kita telah dipasang dengan grill! Kenapa pasang gril?

Tujuannya adalah untuk keselamatan. Sama ada keselamatan kelas, mahupun keselamatan anak-anak di SMIH. Kalau tidak dikunci, dikhuatiri berlaku kehilangan harta benda dala kelas-kelas tertentu. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubat, jangan dah terhantuk baru nak tergadah.
Bukanlah anak-anak SMIH ni nakal, sehingga kelas perlu di mangga dan di pasang grill, cuma bila bajet kewangan pun ada, apa salahnya langkah keselamatan ini dipertingkatkan. Tak gitu?
Cuma kita harapkan, anak-anak SMIH pandai-pandailah hargai nikmat yang Allah anugerahi. Gunakan elok-elok. Jangan rosakkan. Sekolah kita tanggungjawab kita bersama.
CINTAI SMIH

Tiada Countdown SPM & PMR?

22 September 2010
PMR dan SPM terlalu hampir. Namun, sehingga tarikh di atas, tidak kelihatan "countdown" seperti tahun-tahun terdahulu. Lazimnya, di bangunan inilah papan "countdown" dipaparkan sebagai peringatan kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan awam tersebut. Mungkin semangat kemerdekaan masih menebal, dan papan "countdown" tersebut terlindung di balik banner tersebut.

Apapun, yang penting adalah persediaan secara individu anak-anak yang akan menduduki peperiksaan. Masing-masing harus sedar tentang langkah masing-masing. Moga PMR dan SPM Tahun 2010 mempersembahkan sebuah persembahan yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Koperasi Sementara SMIH

Ini koperasi sementara SMIH. Tahniah kepada guru dan kakitangan Koperasi SMI. Walaupun serba kekurangan, namun mereka tetap menjalankan tanggungjawab memberikan khidmat tanpa berbelah bagi. Bezanya, barangan yang dijual lebih kepada barang makanan dan minuman. Maklumlah, ruang secomel itu mana boleh bubuh banyak sangat barang. Kalau hujan, alamat lencun kawasan tu. Kesian kan. Sabarlah. Nanti kita dapat yang lagi baik, insyallah.

Kita harapkan ramai lagi para dermawan menyumbang untuk dana pembinaan bangunan baru tu. Semoga Allah terima derma mereka sebagai amal ibadah yang menyelamatkan mereka di akhirat kelak. Amiin.

Telah Siap Dirobohkan

22 September 2010


Mengenai Saya

Foto saya
SK LKTP ULU TEBRAU, SMK ULU TEBRAU, SM DATO' JAAFAR, SMK TELOK DATOK,UMS, ROTU UMS,::: 507,501, SKELERUPT, GWI IND, INCHEM IND, PLASTIC IND, STEEL IND, B. PAVES CONSULT, SMKTD, SMIH>>>