Tinggalkan Pautan Anda

Khamis, 12 Februari 2009

HUKUM MELIHAT SUSUK TUBUH WANITA

Seorang wanita bertanya kepada teman lelakinya, " Adakah saya kelihatan gemuk atau kurus?". Jika teman lelakinya mahu memberikan jawapan, lelaki tersebut akan memandang dan mengamati susuk tubuh wanita itu. Apakah hukumnya?
Kamisah Bahari, Seremban, Negeri Sembilan.


Islam menyuruh umatnya lelaki mahupun wanita menundukkan pandangan terhadap jantina yang berlainan. Ini penting agar tiada niat buruk dan nafsu yang akan lahir apabila sesorang lelaki menatap tubuh yang bukan mahramnya dan begitu juga sebaliknya.

Firman Allah S.W.T bermaksud;
"...dan katakanlah kepada para mukmin tundukkanlah pandangan mereka dan peliharalah kemaluan mereka (dari melakukan maksiat). Itu lebih baik bagi mereka dan Allah S.W.T. Dan katakan kepada para mukminat tundukkanlah pandangan mereka dan peliharalah kemaluan mereka (dari melakukan maksiat)..."(Surah an-Nur:30-31)

Berbalik kepada persoalan tadi, mengapakah begitu mudah seorang wanita membuka dan memberikan peluang kepada teman lelakinya yang nyata bukan mahram membuat penilaian ke atas tubuhnya? Apakah sudah tiada teman-teman wanita lain untuk menilai?
Elakkan dari melakukan perkara yang diragui halal atau haramnya.

Rabu, 11 Februari 2009

BERI SALAM MENERUSI SMS

Bolehkah memberi salam antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram sewaktu bercakap di dalam telefon, SMS, internet dan sebagainya?
Anis Maryani Ahmad Tajuddin, Desa Petaling, Kuala Lumpur.
Tidak salah memberi salam malah ianya merupakan syiar Islam dan jauh lebih baik dari menggunakan ucapan-ucapan lain seperti hai, morning, hei dan lain-lain.
Rasulullah s.a.w telah bersabda :
"...hendakkah kamu, aku tunjukkan amalan yang boleh menyebabkan kamu masuk Syurga, sebarkanlah salam dan bangunlah bersolat ketika orang lain sedang tidur."
Namun demikian, bukanlah ia satu kaedah yang menghalalkan komunikasi antara bukan muhrim. Sebaiknya pertuturan dan etikanya perlulah dipelihara. Memandangkan suara wanita adalah aurat, maka berkomunikasilah pada perkara yang perlu sahaja agar tidak terjatuh kepada yang haram seperti zina telinga. Ingat, lelaki mudah bernafsu dengan kelembutan suara wanita. Berhati-hatilah agar tidak terjatuh kepada tipu daya syaitan.

CUTI BERSAMA TEMAN WANITA

Apakah hukumnya bercuti bersama teman lelaki yang bukan mahram walaupun tidak tinggal sebilik?
Rashid Rahman, Pasir Gudang, Johor

Tindakan seumpama ini hanya akan membuka ruang untuik berzina. Memang pada awalnya tidak duduk sebilik, namun syaitan yang menjadi rakan ketiga sentiasa mendorong pasangan itu untuk berkongsi bilik. Kemudian sekatil dan akhirnya terjerumus ke lembah zina. Ketika itu makhluk yang paling gembira ialah syaitan.
Akibatnya, wanitalah yang akan menanggung malu dan padahnya. Atas dasar inilah, Allah S.W.T melarang mendekati zina seperti dalam firmanNya;
"...dan janganlah kamu mendekati zina..."(Surah al-Israa:32)
Demi mengelakkan seseorang wanita itu terjebak dengan zina, maka janganlah pergi bercuti dengan teman yang bukan mahram.

Selasa, 10 Februari 2009

SIMPAN GAMBAR LELAKI

Simpan gambar teman lelaki atau teman wanita di dalam dompet sebagai ingatan. Boleh ke tak?
Zabedah Zamri, Kota Tinggi, Johor
Apakah dengan menyimpan gambar itu anda akan menjadi seorang yang lebih beriman? Lebih sihat dan bebas dari penyakit? Atau menjadi seorang yang cerdik, pandai dan bijaksana? Atau menjadi bertambah kaya dan murah rezeki? Atau disimpan sebagai azimat yang boleh mencegah anda dari sebarang bahaya? Sudah tentu jawapannya tidak!
Maka atas dasar apakah gambar itu disimpan? Semata-mata untuk kenangan dan melepaskan rindu? Semakin ditatap semakin rindu. Semakin khayal dan jauh dilayarkan ke alam angan-angan. Sebaliknya jika hubungan terputus, gambar itu akan dikoyakkan, dibuang atau dibakar, malah kadang-kadang ada yang digunakan pula untuk tujuan jahat bagi membalas dendam.
Demi untuk mengelakkan perkara-perkara ini, elakkan dari menyimpan gambar lelaki atau wanita dan lebih baik pastikan gambar anda tidak disimpan oleh orang lain.
Rasulullah s.a.w bersabda,
"...antara keelokan Islam seseorang muslim ialah meninggalkan perkara-perkara yang tidak layak dengan dirinya..." (al-Bukhari dan Muslim)

BONCENG MOTOSIKAL LELAKI

Menaiki motosikal lelaki yang belum berkahwin, apakah hukumnya?

Intan Safina Rashid, Durian Tunggal, Melaka.
Sudah tentu hukumnya bukan wajib, sunat ataupun harus. Tiada siapa juga yang akan mengatakannya haram. Maka yang tinggal hanyalah haram. Apakah dalil ianya haram?
Firman Allah S.W.T bermaksud,
"...dan janganlah kamu mendekati zina..."(Surah al-Israa:32 )
Zina akhirnya akan membawa kehancuran sesebuah keluarga, pengguguran, pembuangan anak dan lain-lain jenayah. Maka selayaknyalah Islam menutup dari awal pintu-pintu penzinaan.
Menaiki motosikal bersama akan membawa kepada persentuhan, berpelukan dan juga pergeselan. Jikalau melihat pun sudah membawa tarikan untuk "keinginan" dan nafsu, apatah lagi jika sudak bergeselan, berpelukan dan besentuhan. Jika tidak berzina secara hakiki pun, perbuatan itu sudah cukup menggambarkan zina dan ia tergolong di dalam zina kecil.
Wallahualam.

Mengenai Saya

Foto saya
SK LKTP ULU TEBRAU, SMK ULU TEBRAU, SM DATO' JAAFAR, SMK TELOK DATOK,UMS, ROTU UMS,::: 507,501, SKELERUPT, GWI IND, INCHEM IND, PLASTIC IND, STEEL IND, B. PAVES CONSULT, SMKTD, SMIH>>>